+ Google March 2014 | Pengedar ShakleePengedar Shaklee

Archive for March 2014 | Monthly archive page

posted by on Daftar Ahli, Pengedar Shaklee, Sistem Online Shaklee

2 comments

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Dalam artikel terdahulu mengenai Daftar Ahli Shaklee Bersama Pengedar Shaklee Terbaik Group Jutawan, saya ada menerangkan tentang

  • mengapa anda perlu mendaftar sebagai ahli Shaklee (terutama sekali jika anda merupakan pengguna atau pengamal tegar shaklee), 
  • 2 cara untuk mendaftar ahli, 
  • mengapa Group Jutawan,
  • kebaikan mendaftar sebagai ahli shaklee
  • dan sebagainya

Kalau belum baca lagi, anda wajib baca tau entri tersebut 🙂

Rentetan daripada artikel tersebut, saya berasa sangat bersyukur dan beruntung apabila dipertemukan dengan kumpulan ini, dan berasa amat gembira apabila ahli-ahli kumpulan yang lain juga melahirkan rasa yang sama, bersyukur kerana dipertemukan dengan kumpulan pengedar Shaklee terbaik Malaysia 🙂

pengedar shaklee terbaik

|| Read more

Dalam masa berberapa bulan ni, rangkaian pengedar Shaklee terbaik kami telah berkembang dengan pesatnya, Alhamdulillah syukur. Dengan ini, anda akan mendapat akses kepada pengedar Shaklee terbaik di seluruh Malaysia dengan mudah.

Dan, berita baik lagi buat anda-anda semua di luar sana!!

Shaklee telah beberapa bulan melancarkan Sistem Online Shaklee, dimana setiap ahli berdaftar akan diberikan akses kepada sistem Shaklee, kini semuanya hanya di hujung jari anda!

Di sini, anda boleh melihat secara ‘real time‘ perkara-perkara berikut :

  • Member Message
  • Genealogy Inquiry (rangkaian rakan niaga anda)
  • Bonus Inquiry
  • UV Transfer
  • Online Enrollment
  • Shopping
  • My Account
  • Calender
  • Resource Center
sistem online shaklee

Setiap ahli berdaftar akan mendapat akses ke sistem online Shaklee

shaklee distributor page

‘Message Board’ di mana semua ‘communication’ dan mesej akan disampaikan kepada ahli-ahli Shaklee

sistem pendaftaran online shaklee

Daftar ahli Shaklee atas talian, amat mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua (selagi anda mempunyai akses internet)

sistem bonus online shaklee

‘Bonus Inquiry’ untuk anda memeriksa bonus yang bakal anda nikmati, ataupun telah nikmati (bulan sebelumnya). Bonus akan dikemaskini setiap minggu, dah akan dikemaskini setiap hari pada 25hb dan ke atas.

Semua perkara boleh dibuat dengan cepat, mudah dan selesa di mana saja anda berada.  Tidak kira untuk ‘shoppingsecara ‘online’, daftar ahli Shaklee dengan sistem online, menyemak rangkaian rakan niaga anda, dan sebagainya.

Amat mudah dan menarik kan?

Dengan adanya sistem online Shaklee inianda :

  • Tidak perlu lagi membazirkan minyak kereta, tol dan parking
  • Boleh membuat pesanan pada bila-bila masa, di mana-mana jua (24/7)
  • Daftar ahli Shaklee dengan sistem online = cepat, pantas dan mudah
  • Boleh check UV/bonus 
  • Tidak perlu menunggu ‘bonus statement’ (melalui pos) dihantar ke rumah
  • Jimat masa, tenaga dan wang ringgit (siapa yang biasa membeli-belah di HQ/branch tahu la betapa azabnya nak menunggu
  • Tidak perlu lagi menghubungicustomer service‘ Shaklee yang amat susah nak ‘get through’ tu
  • Tiada alasan lagi untuk mengatakan ‘Business Shaklee’ susah!

Jadi, anda tidak perlu untuk berasa was-was lagi. Rangkaian kami merupakan rangkaian pengedar Shaklee terbaik di Malaysia, dan dengan sistem yang mudah dan dan ringkas, daftar ahli Shaklee dengan sistem online juga adalah semudah A,B dan C.

Jangan tunggu lagi, hubungi kami untuk daftar ahli Shaklee bersama pengedar Shaklee terbaik. Saya sedia membantu dan menjawap sebarang kemusykilan anda.

Hanya yang terbaik, buat anda 🙂

pengedar shaklee anda

~Pretty Blossom~

posted by on Set Menyusu Shaklee, Shaklee - Alfalfa, Shaklee - ESP, Susu Ibu

1 comment

 

Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih nama untuk bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barang keperluannya dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya.

waiting for babies

Satu perkara yang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu ibu. Ia memberikan banyak faedah kepada anda dan bayi. Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah sesuatu yang datang dari naluri.

Saya sendiri mula terfikir untuk memberikan susu ibu eksklusif kepada anak saya setelah melihat rakan-rakan di pejabat mengepam susu sebagai bekalan untuk bayi mereka.

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehingga umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas. Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.

 

Artikel ini akan membantu anda untuk memahami :

Faktor Yang Menghalang Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Punca Susu Tidak Mencukupi

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap

Keadaan Yang Mengganggu Penyusuan Susu Ibu

Set Menyusu Shaklee Membantu Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

|| Read more

Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah dan cerita ibu atau rakan dan kenalan mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil.

Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadinya. Kebanyakan masalah yang wujud di awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil.

Faktor Yang Menghalang Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Kebanyakan wanita gagal melengkapkan penyusuan susu ibu secara eksklusif kerana :

  • Cepat putus asa
  • Diet tidak seimbang
  • Kurangnya ilmu tentang penyusuan
  • Malas mengepam susu secara konsisten ketika tidak bersama bayi (di pejabat dan sebagainya)
  • Tidak kisah tentang penyusuan susu ibu
  • Tidak bersungguh-sungguh
  • Tidak mendapat sokongan daripada suami dan keluarga
  • Tiada keyakinan
  • Stress/tekanan

Punca Susu Tidak Mencukupi

Amat jarang sekali kita mendengar susu ibu tidak mencukupi secara semulajadi. Biasanya faktor ini berkait rapat dengan emosi ibu-ibu sendiri. Memikirkan perkara-perkara yang negatif juga dapat mengerangkan pengeluaran susu ibu.

Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.
Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila :

  • bayi kurang disusukan
  • menghadkan masa penyusuan
  • kedudukan penyusuan yang tidak betul

Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih dari itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda “kosong” dan semakin banyaklah susu dihasilkan.

Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30-40 minit untuk setiap penyusuan. Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga ia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.

Beberapa faktor dari ibu yang menyebabkan susu tidak mencukupi ialah seperti :

  • merokok
  • mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih dari 5 cawan kopi sehari)
  • penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga
  • Pendarahan atau turun darah yang serius selepas bersalin, anemia dan beguk atau hipotiroidisme (tiroid yang kurang aktif)
  • pembedahan payu dara juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu. kadangkala ia pulih dengan sendirinya.

 

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap

Susui bayi anda dengan kerap pada bila -bila masa dan seberapa lama yang disukainya supaya:

  • Bayi anda mendapat lebih kolostrum
  • Bekalan susu dihasilkan dengan cepat
  • Berat badan bayi anda meningkat dengan cepat
  • Bayi anda kurang mengalami neonatal jaundice
  • Bayi anda kurang menangis dan kurang desakan untuk  memberikan susu gantian
  • Anda kurang mengalami bengkak payudara
  • Penyusuan susu ibu mudah diperkukuhkan
  • Anda boleh menyusukan bayi anda dalam tempoh penyusuan
  • yang lama

 

Keadaan Yang Mengganggu Penyusuan Susu Ibu Jika Bayi Anda Diberi:

  • Sebarang minuman atau makanan selain daripada susu ibu
  • Bayi anda diberi puting tiruan
  • Bilangan penyusuan bayi anda dihadkan
  • Tempoh penyusuan bayi anda dihadkan

 

kebaikan susu ibu

Set Menyusu Shaklee Membantu Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu kedengaran seperti perkara yang mudah, tetapi ia juga memberi cabaran yang hebat kepada ibu-ibu terutama ibu yang bekerjaya.

Tanpa ilmu yang cukup, adalah agak mustahil untuk penyusuan susu ibu secara eksklusif ini akan berjaya.

Pengeluaran susu seperti yang dinyatakan di dalam artikel di atas, dan artikel yang lepas, adalah bergantung kepada Demand vs Supply, digabungkan pula dengan Set Menyusu Shaklee, InsyaAllah akan mendapat hasil yang positif.

  • Set Menyusu Shaklee dapat membantu ibu-ibu untuk menghilangkan keletihan, stress serta memulihkan tubuh agar kembali sihat dan bertenaga.
  • Tubuh badan yang letih dan kepenatan, serta keadaan fikiran yang mengalami tekanan akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.
  • Oleh itu, amalkan jadual pengepaman yang konsisten ketika tidak bersama bayi, susukan bayi dengan kerap, fikirkan perkara-perkara yang mengembirakan dan positif, serta amalkan Set Menyusu Shaklee untuk membantu anda kekal sihat, cergas dan bertenaga untuk membantu dan memudahkan perjalanan menyusui bayi anda

Set Menyusu Shaklee terdiri daripada :

set menyusu shaklee  3

ESP :

Membekalkan sumber protein dan hormon di dalam badan, merupakan komponen utama di dalam susu ibu (protein), membantu pemyembuhan luka dengan pantas dan menyeluruh.

Vitalea :

Membekalkan 28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap, serta zat besi untuk kesihatan optimum.

Alfalfa Complex :

Kaya dengan nutrisi dan mineral, alfalfa membantu untuk membuang toksin. Ia membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu, melegakan rasa kebas dan sakit sendi serta membantu untuk mengecutkan rahim.

Sustained Released Vit. C :

Tubuh kita akan kehilangan vitamin di dalam aktiviti seharian. Pengambilan Vit. C dengan pelepasan secara berperingkat akan membantu membekalkan antioksida, menguatkan antobodi badan, dan membekalkan vitamin C secara berperingkat kepada tubuh.

B Complex :

Menggalakkan metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat. Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan. Meningkatkan fungsi otak, terdiri daripada 8 vitamin B dengan acid folic, membantu mengurangkan depresi terutama sekali kepada ibu yang baru melahirkan, membantu menggalakkan sel darah merah serta menukarkan makanan kepada tenaga (mengelakkan kegemukan)

Ostematrix :

Membekalkan kalsium kepada ibu, melegakan saraf dan otot serta mengelakkan tekanan (ostematrix merupakan ‘natural tranquilizer’ yang dapat membuatkan kita tidur dengan lebih nyenyak), mengelakkan kerosakan gigi dan tulang reput.

 

Jom kita lihat apa kata pengamal Set Menyusu Shaklee yang telah berjaya menghasilkan 2000o.z. semasa tempoh berpantang

set menyusu shaklee

InsyaAllah, dengan ilmu penyusuan, badan yang sihat, cergas dan bertenaga dengan Set Menyusu Shaklee, anda akan mampu menyusukan bayi anda dengan sempurna dan akan mendapat manfaat yang secukupnya.

breastmilk

Segala pertanyaan tentang penyusuan susu ibu, Set Menyusu Shaklee atau isu-isu lain, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa sahaja.

 

FB : Pretty Blossom

LIKE kami di FB Page : Pretty Blossom : Health and Beauty

Whatsapp/Telegram : 013-282 6262

Email : pretty0blossom@gmail.com

Hubungi Kami

 

 

 

 

 

Grieving For MH370

Mar
2014
09

posted by on Grieving, News

No comments

 

Salam and Hi!

Seperti yang kita sedia maklum, negara dikejutkan dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 daripada Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi semalam (loast contact 2.40pagi 8 March 2014).

Dengan pelbagai usaha dan jentera kerajaan serta negara-negara jiran, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan penumpang-penumpang dan krew-krew penerbangan.

Kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terlibat, diharap dapat terus bersabar dan berdoa agar semuanya selamat dijumpai.

Didalam press conference pagi tadi, Dato Seri Hishammuddin selaku pemangku Menteri Pengangkutan menyatakan ada kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik (air turn back), so there’s still hope and lets pray for a miracle.

|| Read more

Berikut adalah senarai penumpang pesawat MH370 :

Fariq Ab. Hamid

Zaharie Ahmad Shah

Foong Wai Yueng

Goh Sock Lay

Gomes Patrick Francis

Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan

Junaidi Mohd. Kassim

Andrew Nari

Ng Yar Chien

Tan Ser Kuin

Tan Size Hiang

Wan Syaid Wan Ismail

Anne Catherine Daisy (MYS)

Bai Xiaow (CAN)

Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)

Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)

Brooskii Nikolath (RUS)

Burrows Rooney (AUS)

Chan Huan Peen (MYS)

Chen Weihoing (MYS)

Chew Kar Mooi (MYS)

Chng Mei Ling (MYS)

Chuang Hsiu Ling ((TWN)

Chustrak Oleg (UKR)

Deineka Sergii (UKR)

Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)

Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)

Gu Naijun (AUS)

Guan Hua Jin (MYS)

Huang Tianjui (CHN)

Hue Pui Heng (MYS)

Jee Jing Hang (MYS)

Jiang Cuiyun (CHN)

Koh Tiong Meng (MYS)

Kolekar Chetana Vinod (IND)

Kolekar Vinod Suresh (IND)

Kozel Christian (AUT)

Lawton Catherine (AUS)

Lawton Robert (AUS)

Lee Kah Kin (MYS)

Lee Sew Chu (MYS)

Li Hongjing (CHN)

Li Yuan (AUS)

Lim Por Chua (MYS)

Lui Ching (CHN)

Maraldi Luigi (ITA)

Meng Leoinf (USA)

Meng Nicole (USA)

Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)

Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)

Muhammad Drazahan Zamani (MYS)

Mukherjee Muktesh (CAN)

Muzi Yusop (MYS)

Ng May Li (MYS)

Noorida Mohd. Hashim (MYS)

Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)

Norliakmar Hamid (MYS)

Ramlan Safuan (MYS)

Sharma Chandrika (IND)

Shirsath Kranti Pralhad (IND)

Sim Keng Wei (MYS)

Siregar Firman Chandra (IND)

 

Teruskan berdoa, pengharapan kepada Allah S.W.T semata-mata. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan hamba-hambaMu.

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

Al-Fatihah buat semua penumpang yang beragama Islam.

[vsw id=”WsT1tL1fogk” source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]

 

Semoga dipermudahkan urusan mencari dan menyelamat MH370 ini. Our prayers and thoughts are with you guys. Stay strong and safe.

~ PrettyBlossom ~

 

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1