+ Google 8 Tips Untuk Hidup Lebih Lama | Pengedar ShakleePengedar Shaklee

8 Tips Untuk Hidup Lebih Lama

Feb
2014
26

posted by on INFO, Tips of the day

No comments

Dengan membuat hanya beberapa perubahan dalam gaya hidup anda boleh membantu anda hidup lebih lama.

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa empat tingkah laku yang tidak sihat iaitu merokok, minum terlalu banyak alkohol, tidak bersenam, dan tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi – boleh ‘membawa’ anda ke kubur lebih awal.
Tetapi, ada cara untuk mengelakkan ini daripada berlaku, anda boleh melakukan sesuatu untuk membetulkan cara hisup dan  sikap yang tidak sihat.

Amalkan sembilan tabiat berikut untuk membuat dan menjadikan tubuh anda kelihatan muda.

Jangan Makan Terlalu Banyak

over eating

Jika anda mahu hidup sehingga 100 tahun, berhenti makan sebelum kenyang boleh menjadi idea yang baik, dan ini juga bertepatan dengan Sunnah Nabi yang menyarankan kita supaya makan apabila lapar dan berhenti apabila kenyang. Kajian mendapati bahawa orang tertua Jepun berhenti makan apabila mereka berasa hanya kira-kira 80 % penuh.

Penyelidik di St Louis University telah mengesahkan bahawa mengurangkan pengambilan makanan boleh  membantu penuaan yang lebih perlahan , dalam satu kajian pada 2008 mereka mendapati bahawa menghadkan kalori dapat menurunkan pengeluaran T3, hormon tiroid yang memperlahankan metabolisme dan mempercepatkan proses penuaan.

Hubungan Kelamin

sex life

Membuat hubungan kelamin dua hingga tiga kali seminggu boleh memanjangkan umur anda sebanyak tiga tahun. Membuat hubungan kelamin boleh membakar  kalori *Jumlah kalori yang hilang boleh mencapai seperti anda berjalan selama 30 minit. (Pilih yang mana satu yang ingin anda lakukan? )
Hubungan kelamin yang kerap juga boleh menurunkan tekanan darah anda, meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan imuniti, dan melindungi jantung anda.

Matikan Televisyen

switch off the tv

Terlalu banyak masa di hadapan televisyen boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan anda. Malah, satu kajian pada 2010 mendapati bahawa orang-orang yang menonton televisyen selama empat jam atau lebih sehari mempunyai 46 % lebih risiko untuk mati daripada orang yang menonton kurang daripada dua jam sehari.

Setiap jam tambahan anda menonton televisyen akan meningkatkan risiko kematian sebanyak 11% dan risiko mendapat serangan penyakit jantung sebanyak 18%.

Elakkan Diri Anda Daripada Matahari

dont expose to the sun

Mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari berlebihan boleh mengelakkan anda daripada risiko mendapat kanser kulit, dan ia juga boleh membuat anda menjadi lebih muda dengan mencegah kedutan, garis-garis halus dan kulit kendur .

Gunakan pelindung matahari untuk penjagaan kulit harian anda (SPF 30 atau lebih). Dan jangan hanya memberi tumpuan pada muka anda sahaja, tetapi juga di bahagian dada dan leher serta bahagian-bahagian lain tubuh.

Bersosial

mingle around

Kajian menunjukkan bahawa anda berisiko besar mendapat penyakit jantung tanpa hubungan yang kuat rakan-rakan dan keluarga. Kesepian boleh menyebabkan keradangan, dan kesannya adalah sama bahaya seperti anda mempunyai kolesterol yang tinggi atau merokok.

Orang-orang tua lebih terdedah kepada kesepian dan kemurungan.

 

Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran

eat fruits and vegetables

Memakan kurang daripada tiga hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari boleh mengurangkan tahap kesihatan anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 76% dan mungkin juga memainkan peranan dalam mengurangkan risiko kanser payudara.

Sebagai tambahan, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengelakkan keradangan, meningkatkan antioksidan dan mengusir kedutan.

Bersenam

exercise

Bersenam setiap hari adalah perkara yang paling mudah dilakukan untuk mengekalkan keremajaan. Senaman (seperti berjalan) boleh menambah sehingga empat tahun umur anda dan memberi kesan-kesan positif pada jantung anda, fikiran, dan metabolisme.

Walaupun hanya dengan senaman yang cepat selama 30 minit ( contohnya berjalan setiap hari) boleh menurunkan risiko masalah jantung.

Jangan merokok

dont smoke

Berhenti merokok adalah perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk memanjangkan kesihatan dan kehidupan anda. Wanita yang berhenti merokok pada umur 35 menambah kira-kira enam hingga lapan tahun kepada kehidupan mereka .

Tiada istilah ‘sudah terlewat’. Berhenti merokok boleh menurangkan risiko mendapat penyakit dan meningkatkan kesihatan hidup perokok walaupun seorang perokok itu telah mendapat kerosakan yang ketara kepada paru-paru mereka, seperti mereka yang mempunyai kanser paru-paru awal atau COPD.

 

Pilihlah untuk menjalani kehidupan dengan lebih sihat untuk diri anda, keluarga dan orang yang tersayang.

*Perlukan bantuan untuk berhenti merokok, dan nasihat kesihatan yang lain? Hubungi saya untuk bantuan 🙂

Hubungi Kami


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1