+ Google Shaklee - ESP Archives | Pengedar ShakleePengedar Shaklee

Archive for the ‘Shaklee – ESP’ Category

posted by on Set Menyusu Shaklee, Shaklee - Alfalfa, Shaklee - ESP, Susu Ibu

1 comment

 

Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih nama untuk bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barang keperluannya dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya.

waiting for babies

Satu perkara yang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu ibu. Ia memberikan banyak faedah kepada anda dan bayi. Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah sesuatu yang datang dari naluri.

Saya sendiri mula terfikir untuk memberikan susu ibu eksklusif kepada anak saya setelah melihat rakan-rakan di pejabat mengepam susu sebagai bekalan untuk bayi mereka.

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehingga umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas. Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.

 

Artikel ini akan membantu anda untuk memahami :

Faktor Yang Menghalang Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Punca Susu Tidak Mencukupi

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap

Keadaan Yang Mengganggu Penyusuan Susu Ibu

Set Menyusu Shaklee Membantu Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

|| Read more

Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah dan cerita ibu atau rakan dan kenalan mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil.

Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadinya. Kebanyakan masalah yang wujud di awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil.

Faktor Yang Menghalang Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Kebanyakan wanita gagal melengkapkan penyusuan susu ibu secara eksklusif kerana :

  • Cepat putus asa
  • Diet tidak seimbang
  • Kurangnya ilmu tentang penyusuan
  • Malas mengepam susu secara konsisten ketika tidak bersama bayi (di pejabat dan sebagainya)
  • Tidak kisah tentang penyusuan susu ibu
  • Tidak bersungguh-sungguh
  • Tidak mendapat sokongan daripada suami dan keluarga
  • Tiada keyakinan
  • Stress/tekanan

Punca Susu Tidak Mencukupi

Amat jarang sekali kita mendengar susu ibu tidak mencukupi secara semulajadi. Biasanya faktor ini berkait rapat dengan emosi ibu-ibu sendiri. Memikirkan perkara-perkara yang negatif juga dapat mengerangkan pengeluaran susu ibu.

Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.
Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila :

  • bayi kurang disusukan
  • menghadkan masa penyusuan
  • kedudukan penyusuan yang tidak betul

Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih dari itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda “kosong” dan semakin banyaklah susu dihasilkan.

Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30-40 minit untuk setiap penyusuan. Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga ia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.

Beberapa faktor dari ibu yang menyebabkan susu tidak mencukupi ialah seperti :

  • merokok
  • mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih dari 5 cawan kopi sehari)
  • penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga
  • Pendarahan atau turun darah yang serius selepas bersalin, anemia dan beguk atau hipotiroidisme (tiroid yang kurang aktif)
  • pembedahan payu dara juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu. kadangkala ia pulih dengan sendirinya.

 

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap

Susui bayi anda dengan kerap pada bila -bila masa dan seberapa lama yang disukainya supaya:

  • Bayi anda mendapat lebih kolostrum
  • Bekalan susu dihasilkan dengan cepat
  • Berat badan bayi anda meningkat dengan cepat
  • Bayi anda kurang mengalami neonatal jaundice
  • Bayi anda kurang menangis dan kurang desakan untuk  memberikan susu gantian
  • Anda kurang mengalami bengkak payudara
  • Penyusuan susu ibu mudah diperkukuhkan
  • Anda boleh menyusukan bayi anda dalam tempoh penyusuan
  • yang lama

 

Keadaan Yang Mengganggu Penyusuan Susu Ibu Jika Bayi Anda Diberi:

  • Sebarang minuman atau makanan selain daripada susu ibu
  • Bayi anda diberi puting tiruan
  • Bilangan penyusuan bayi anda dihadkan
  • Tempoh penyusuan bayi anda dihadkan

 

kebaikan susu ibu

Set Menyusu Shaklee Membantu Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu kedengaran seperti perkara yang mudah, tetapi ia juga memberi cabaran yang hebat kepada ibu-ibu terutama ibu yang bekerjaya.

Tanpa ilmu yang cukup, adalah agak mustahil untuk penyusuan susu ibu secara eksklusif ini akan berjaya.

Pengeluaran susu seperti yang dinyatakan di dalam artikel di atas, dan artikel yang lepas, adalah bergantung kepada Demand vs Supply, digabungkan pula dengan Set Menyusu Shaklee, InsyaAllah akan mendapat hasil yang positif.

  • Set Menyusu Shaklee dapat membantu ibu-ibu untuk menghilangkan keletihan, stress serta memulihkan tubuh agar kembali sihat dan bertenaga.
  • Tubuh badan yang letih dan kepenatan, serta keadaan fikiran yang mengalami tekanan akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.
  • Oleh itu, amalkan jadual pengepaman yang konsisten ketika tidak bersama bayi, susukan bayi dengan kerap, fikirkan perkara-perkara yang mengembirakan dan positif, serta amalkan Set Menyusu Shaklee untuk membantu anda kekal sihat, cergas dan bertenaga untuk membantu dan memudahkan perjalanan menyusui bayi anda

Set Menyusu Shaklee terdiri daripada :

set menyusu shaklee  3

ESP :

Membekalkan sumber protein dan hormon di dalam badan, merupakan komponen utama di dalam susu ibu (protein), membantu pemyembuhan luka dengan pantas dan menyeluruh.

Vitalea :

Membekalkan 28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap, serta zat besi untuk kesihatan optimum.

Alfalfa Complex :

Kaya dengan nutrisi dan mineral, alfalfa membantu untuk membuang toksin. Ia membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu, melegakan rasa kebas dan sakit sendi serta membantu untuk mengecutkan rahim.

Sustained Released Vit. C :

Tubuh kita akan kehilangan vitamin di dalam aktiviti seharian. Pengambilan Vit. C dengan pelepasan secara berperingkat akan membantu membekalkan antioksida, menguatkan antobodi badan, dan membekalkan vitamin C secara berperingkat kepada tubuh.

B Complex :

Menggalakkan metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat. Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan. Meningkatkan fungsi otak, terdiri daripada 8 vitamin B dengan acid folic, membantu mengurangkan depresi terutama sekali kepada ibu yang baru melahirkan, membantu menggalakkan sel darah merah serta menukarkan makanan kepada tenaga (mengelakkan kegemukan)

Ostematrix :

Membekalkan kalsium kepada ibu, melegakan saraf dan otot serta mengelakkan tekanan (ostematrix merupakan ‘natural tranquilizer’ yang dapat membuatkan kita tidur dengan lebih nyenyak), mengelakkan kerosakan gigi dan tulang reput.

 

Jom kita lihat apa kata pengamal Set Menyusu Shaklee yang telah berjaya menghasilkan 2000o.z. semasa tempoh berpantang

set menyusu shaklee

InsyaAllah, dengan ilmu penyusuan, badan yang sihat, cergas dan bertenaga dengan Set Menyusu Shaklee, anda akan mampu menyusukan bayi anda dengan sempurna dan akan mendapat manfaat yang secukupnya.

breastmilk

Segala pertanyaan tentang penyusuan susu ibu, Set Menyusu Shaklee atau isu-isu lain, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa sahaja.

 

FB : Pretty Blossom

LIKE kami di FB Page : Pretty Blossom : Health and Beauty

Whatsapp/Telegram : 013-282 6262

Email : pretty0blossom@gmail.com

Hubungi Kami

 

 

 

 

 

posted by on INFO, Shaklee - Alfalfa, Shaklee - ESP

No comments

 

Trend penyusuan susu ibu telah kembali menjadi fenomena pada masa kini. Kebanyakan ibu-ibu muda dan berkerjaya telah kembali memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Kebaikan susu ibu tidak terhad kepada bayi semata-mata, tetapi ia juga memberi kebaikan kepada para ibu.

susu ibu

Ibu-ibu  disarankan memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula dan tanpa  air masak kepada bayi.

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, selain mengandungi semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan, susu ibu penuh dengan bahan-bahan melawan penyakit yang dapat melindungi bayi. Berikut adalah beberapa manfaat penting penyusuan buat bayi dan ibu :

Bayi susu ibu

|| Read more

Kebaikan susu ibu kepada bayi :

  • Penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi dari penyakit.
  • Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada alahan.
  • Penyusuan susu ibu boleh meningkatkan kecerdasan anak anda.
  • Penyusuan susu ibu boleh melindungi anak anda daripada obesity.
  • Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko bayi anda daripada mengalami SIDS.

 

Kebaikan susu ibu kepada ibu :

  • Dengan menyusui bayi, badan akan merembeskan hormone oksitosin dimana hormon tersebut akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.
  • Menyusui bayi juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari.
  • Menyusui bayi juga dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

 

Selain daripada faedah-faedah yang tersebut di atas, melalui penyusuan susu ibu juga boleh membantu anak-anak mengelakkan pelbagai penyakit-penyakit yang boleh beriso tinggi kencing manis (jenis 1 dan jenis 2) , kolesterol, dan penyakit keradangan usus.

Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada risiko untuk mendapat alahan.

Bayi yang diberi formula berasaskan susu lembu atau soya cenderung untuk mempunyai reaksi alahan lebih daripada bayi susu ibu.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

 

 “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

 

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

 

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

 

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.

Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu seperti ESP dan Alfalfa beserta beberapa produk yang lain.

Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan ataupun keterangan lanjut tentang produk pemyusuan susu ibu. Diharap dengan sedikit usaha yang kita lakukan ini, akan memberi 1001 manfaat buat si comel anda =)

hubungi kami

 

posted by on Shaklee, Shaklee - ESP

8 comments

 

ESP Shaklee atau pun Energizing Soy Protein adalah salah satu daripada product lagendary daripada Shaklee selain daripada vitamin tertua di dunia iaitu Vita-Lea.

ESP Shaklee merupakan serbuk protein yang menggunakan soya ‘non-GMO‘ ( non genetically modified organism) yang diproses pada kadar suhu rendah serta menggunakan persijilan Identity Preserved Programme (IPP) bagi memastikan kacang soya bebas daripada perubahan genetik daripada benih sehinggalah pengeluarannya.

Tahukah anda, sesetengah protein soyadiproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavin yang bermanfaat malah membentuk, kontaminasi bersilang dengan bahan kimia yang digunakan semasa pemprosesan. || Read more

Setiap tin ESP Shaklee 850g dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang merupakan sumber protein biologi lengkap berasakan tumbuhan.

soybean

 

Fungsi ESP Shaklee ini adalah untuk membekalkan sumber protein kepada tubuh. Mari kita lihat apakah kesan jika seseorang itu mengalami kekurangan protein :

 

  • Menurunkan sistem antibodi atau daya tahan tubuh terhadap penyakit
  • Mengganggu tumbesaran kanak-kanak (tubuh, otak dan minda)
  • Kekurangan protein yang kritikal kepada kanak-kanak boleh menyebabkan kwashiorkor dan kerencatan akal
  • Kulit kusam, kasar dan kendur
  • Luka lambat sembuh
  • Lemah tenaga batin

Kelebihan ESP Shaklee :

  • Awet muda – asid amino penting untuk membina otot kukurambutdarah, organ, kulit, gland dan lain-lain.     Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga- membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasimembaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
  • Baik untuk prostat – Genistein yang terkandung dlm kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
  • Membantu meningkatkan pengeluaran susu

 

ESP Shaklee

 

Kesimpulannya, pengambilan protein adalah penting untuk tubuh dan merupakan komponen utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu.

Kekurangan protein melemahkan daya tahan melawan penyakit (melemahkan sistem imun badan), masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kematian.

 

Mari kita lihat apa kata pengguna :

ESP Shaklee

 

testi2 esp

testimoni-esp-11oct

 

Dengan pelbagai khasiat yang dibekalkan oleh ESP ini, adalah sangat berbaloi untuk anda menjadikannya sebagai sumber supplement harian anda. Berminat untuk mendapatkan konsultansi percuma? Anda boleh hubungi kami disini atau pun mengisi borang pesanan online.

Contact Us

posted by on Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil, Set Mengandung Shaklee, Shaklee, Shaklee - ESP

23 comments

pregnant

 

Set mengandung Shaklee mengandungi nutrisi penting untuk ibu hamil. Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang sebagai kunci untuk mendapatkan bayi yang sihat, susu yang banyak dan berkualiti serta badan yang kuat dan sihat semasa tempoh berpantang. Dengan nutrisi yang lengkap juga dapat membantu ibu-ibu hamil sembuh dengan cepat semasa berpantang. Kekurangan nutrisi boleh membuatkan ibu-ibu hamil berasa letih, lesu dan tidak bertenaga.

set mengandung shaklee

Set mengandung Shaklee bukan saja melengkapi keperluan nutrien ibu-ibu hamil, tetapi juga bertindak sebagai pembekal nutrien semulajadi kepada ibu-ibu. Tahukah anda betapa banyak pil antenatal yang dihasilkan secara sintetik dan mengambil masa yang lama untuk hancur dan diserap oleh tubuh?

vitalea vs obimin

Selepas 4 jam, obimin masih belum hancur dan selepas dipegang, warna pink itu masih tebal dan intact. Selepas 4 jam air dibuang rupa obimin kelihatan seperti batu. Ini di dalam keadaan asas (hanya direndam didalam air) tanpa percampuran bahan-bahan lain. Didalam perut kita vitamin ini akan bercampur dengan segala macam bahan dan makanan yang kita makan, dah akan melambatkan lagi proses penyerapan vitamin.

 

|| Read more

Ini adalah di dalam keadaan asas yang direndam dengan air. Bayangkan bagaimana lamanya proses untuk vitamin ini diserap oleh tubuh di dalam badan kita, dengan kehadiran bahan-bahan lain didalam tubuh?

 

Set Mengandung Shaklee Super Jimat

Mengapa saya katakan bahawa Set Mengandung Shaklee ini SUPER JIMAT? Ini adalah kerana set mengandung ini boleh digunakan sehingga selepas kelahiran bayi, anda hanya perlu menambah beberapa produk sahaja untuk melengkapakan set mengandung kepada Set Bersalin Shaklee, dan satu set adalah untuk kegunaan selama lebih kurang 4bulan.

Jadi nampak kan mengapa saya katakan bahawa set ini adalah super jimat? 🙂

 

set mengandung shaklee

 

Set Mengandung Shaklee terdiri daripada :

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Membekalkan protein
  • Mengekalkan pertumbuhan dan memelihara tisu badan
  • Memberi tenaga kepada ibu-ibu hamil dan membantu ibu-ibu memperolehi kesan yang optimum dalam pengambilan vitamin-vitamin yang lain
  • Kulit menjadi lebih licin, gebu dan anjal
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • •Blok-blok pembinaan asas badan ibu & bayi.
    •Trimester ke-2 & ke-3 – bayi sedang berkembang dengan pantas.
    Penghasilan susu ibu
  • Bebas laktosa secara semulajadi
    Bebes kolesterol  secara semulajadi
    Soya tidak diubahsuai secara genetik (GMO)

Sustained Released Vita-C

  • Sebagai antioksidan
  • Penghasilan kolagen – membina tulang rawan, otot-otot & tulang-tulang fetus.
  • Sistem imun – membantu lawan jangkitan & penyakit (bagi wanita hamil, ibu yang menyusu & bayi).

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)

  • Merupakan multi-vitamin yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • Membantu ibu menambah zat besi kerana semasa hamil, semua zat daripada ibu akan disalurkan kepada anak didalam kandungan. Ibu hamil perlu mengambil nutrien tambahan untuk menampung kekurangan vitamin dalam diri.
  • Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting & mineral perlu untuk kesihatan optimum & tenaga.
  • Kekurangan zat besi –  Anemia (wanita mengandung & ibu-ibu yang menyusu)
    Trimester terakhir – fetus menyerap zat besi dari ibu.

    Mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang matang.

B-Complex

  • Menjaga kesihatan saraf
  • Membantu mengelakkan tekanan
  • Menstabilkan emosi ibu
  • Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin yang diperlukan oleh tubuh
  • Sistem penyerapan bioaktif (meningkatkan penyerapan asid folik)
  • Menyokong:
    Sistem saraf sihat
    •Penghasilan hormon & sel-sel darah merah
    Penghasilan tenaga
  • 400mcg harian sebelum konsepsi & semasa awal kehamilan mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%.

OsteMatrix (Kalsium dan Magnesium)

  • Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf
  • Kalsium yang ada dalam badan ibu akan diserap oleh bayi di dalam kandungan jadi ibu hamil perlu mengambil sumber tambahan untuk mendapatkan kalsium untuk tubuh mereka
  • Kekurangan kalsium akan menyebabkan ibu hamil mengalami risiko osteporosis, sengal-sengal dan sakit badan, kelesuan dan menampakkan kesan penuan.
  • Pengambilan OsteMatrix juga dapat mengatasi masalah susu merundum (selepas melahirkan) ketika period.

Omega Guard (EPA dan DHA)

  • DHA adalah asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata serta organ-organ badan yang lain, danamat penting untuk perkembangan otak dan janin.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri dan mendapatkannya daripada susu ibu (selepas dilahirkan) dan daripada plasenta (ketika di dalam kandungan), oleh itu ibu hamil akan mengalami kekurangan DHA ketika hamil.
  • Ibu-ibu hamil dan menyusu disarankan untuk mengambil omega 3 untuk perkembangan fetus dan sebagai supplement kepada ibu hamil itu sendiri.

 

Kesemua supplement di atas disarankan untuk diambil oleh ibu mengandung dan
boleh digunakan sehingga tempoh bersalin/berpantang nanti. Selepas bersalin, Zinc
Complex (membantu menyembuhkan luka dengan cepat) dan Alfalfa Complex (meningkatkan imunisasi, membantu meningkatkan penghasilan susu ibu) disertakan untuk melengkapkan set mengandung sebagai set bersalin.

 

Apa kata mereka?

Ambik Set Mengandung Shaklee, tapi kulit jadi makin bersih, jerawat dah makin kurang, kulit dah tak kering macam dulu. Ambil 10hari pun dah nampak kesan, ambik set kulit yang mahal, 6 bulan pun takde kesan lagi.

set mengandung shaklee

Ambil set berpantang (asas yang sama dengan set mengandung) – bersalin ceaser tak rasa sakit 🙂

set mengandung shaklee

Cuba mengambil Set Mengandung Shaklee sebab banyak testi yang best2, badan rasa segar dan berat badan tak naik mendadak seperti kehamilan sebelumnya.

set mengandung shaklee

Vitamin penting untuk kesihatan ibu mengandung dan kesihatan dan pembentukan otak bayi. Teruskan mengambil supplement selepas mengandung, malah sehingga akhir hayat wanita.

saranan doktor set mengandung shaklee

Pengambilan supplement prenatal amat penting untuk kesihatan ibu, mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran bayi pramatang dan kekurangan berat badan ketika dilahirkan.

set mengandung

Dapatkan set anda sekarang untuk menghadapi proses kehamilan dengan lebih sihat. Hubungi saya atau isikan borang pesanan untuk membeli secara online.

Ataupun klik sini untuk pembelian terus.

Dapatkan konsultansi eksklusif hanya di Pretty Blossom.

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1