+ Google INFO Archives | Page 2 of 3 | Pengedar ShakleePengedar Shaklee | Page 2

Archive for the ‘INFO’ Category

posted by on INFO, Susu Ibu

1 comment

 

Di dalam artikel sebelum ini kami ada menerangkan serba sedikit tentang penyusuan susu ibu kepada bayi iaitu mengenai kebaikannya kepada ibu dan bayi, dan tidak lupa juga dari segi tuntutan agama.

 

Sedikit ringkasan daripada artikel yang lepas :

1. Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang serta mencegah kanser pada bayi.

2. Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

3. Membantu menjarakkan kehamilan seterusnya.

4. Membantu pengecutan rahim selepas bersalin.

5. Membantu ibu mengekalkan bentuk badan seperti sebelum bersalin.

6. Membantu keluarga dari segi penjimatan kewangan.

penyusuan susu ibu

Mengikut saranan bayi perlu disusukan dengan susu ibu (exclusive breastfeeding tanpa apa-apa makanan dan minuman walaupun air kosong) sekurang-kurangnya selama 6 bulan, serta digalakkan untuk meneruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun.

|| Read more

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu yang kelihatan amat mudah untuk dilakukan,tetapi hakikatnya tidak. Jadi, untuk menjayakan penyusuan susu bayi anda hendaklah bersedia secara mental dan fizikal dan mengumpul maklumat serta ilmu.

 

Bersedia Untuk Menyusui Bayi.

  • Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Cara-cara paling biasa dan efektif:
  • Berbincang dengan ibu menyusu yang lain
  • Baca buku untuk biasakan diri serta menambah pengetahuan
  • Hubungi organisasi sokongan penyusuan badan di tempat anda.
  • Cuba sertai kelas penyusuan atau sesi persediaan penyusuan badan (dianjurkan oleh banyak hospital sebagai sebahagian daripada kursus pranatal mereka) menjelang penghujung kehamilan anda.

Semakin banyak yang anda tahu tentang cara-cara dan faedah menyusu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya.

 

Konsep utama di dalam penyusuan susu ibu ialah

DEMAND vs SUPPLY

 

Jika anda tidak menyusu bayi dengan kerap, dan tidak mengosongkan breast dengan kerap (iaitu bila breast terasa penuh dan dibiar penuh sampai bengkak tanpa menyusu bayi atau perah), susu akan menjadi kurang.

 

Kerana konsep penyusuan tidak betul di situ. Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, mesti ingat konsep ini :

Empty Breast = More Milk Production

Full Breast = Less Milk Production

 

Jadi kenapa perlukan supplement bila konsep utama ialah supply vs demand?

 

Supplement set menyusu shaklee dalam konteks penyusuan susu ibu bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya,

 

tetapi ialah untuk meningkatkah tahap kesihatan ibu.

Sekiranya ibu seorang yang

1.       asyik penat keletihan,

2.       sering tertekan dan stress,

3.       sering naik angin,

4.       sering takde mood,

5.       nak masak pun tak larat,

6.       nak buat kerja rumah pun rasa letih

 

penat

Ibu-ibu akan kehilangan tenaga dan ‘lead to stress’ apabila penat dengan urusan anak-anak, rumanhtangga, kerja dan sebagainya.

Semasa kita melalui fasa kehamilan selama 9 bulan dan fasa berpantang selama 2-3 bulan juga tubuh kita memerlukan makanan berkhasiat dan supplement supaya kesihatan kita kekal di tahap optimum.

Apatah lagi fasa penyusuan bayi selama 2 tahun?

Penyusuan susu ibu adalah berkait dengan faktor hormon.

Hormon-hormon yang terlibat dalam proses penyusuan iaitu hormon prolactine dan hormon oxytocin sangat berkait rapat dengan keadaan ibu, terutamanya oxytocin yang dikenali sebagai hormon gembira.

Jadi sekiranya ibu sering bermasalah seperti masalah-masalah di atas, tentu sekali akan mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya mengganggu juga proses penyusuan.

Disebabkan itulah ada ibu-ibu yang memerlukan bantuan supplement vitamin ibu menyusu untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Kerana manfaat vitamin ibu menyusu amat banyak membantu dalam memberi tenaga, kesihatan dan ketenangan pada ibu menyusu.

 

Atas factor-faktor inilah ibu-ibu yang menyusukan amat memerlukan supplement di dalam fasa penyusuan mereka. Malah pakar sakit puan turut mencadangkan supplement ini di ambil daripada peringkat kehamilan, kelahiran dan seterusnya untuk sepannjang hayat wanita.

Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang penyusuan susu ibu.

Kami sedia membantu dengan penerangan dan konsultation khas untuk anda.

posted by on INFO, Shaklee - Alfalfa, Shaklee - ESP

No comments

 

Trend penyusuan susu ibu telah kembali menjadi fenomena pada masa kini. Kebanyakan ibu-ibu muda dan berkerjaya telah kembali memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Kebaikan susu ibu tidak terhad kepada bayi semata-mata, tetapi ia juga memberi kebaikan kepada para ibu.

susu ibu

Ibu-ibu  disarankan memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula dan tanpa  air masak kepada bayi.

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, selain mengandungi semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan, susu ibu penuh dengan bahan-bahan melawan penyakit yang dapat melindungi bayi. Berikut adalah beberapa manfaat penting penyusuan buat bayi dan ibu :

Bayi susu ibu

|| Read more

Kebaikan susu ibu kepada bayi :

  • Penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi dari penyakit.
  • Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada alahan.
  • Penyusuan susu ibu boleh meningkatkan kecerdasan anak anda.
  • Penyusuan susu ibu boleh melindungi anak anda daripada obesity.
  • Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko bayi anda daripada mengalami SIDS.

 

Kebaikan susu ibu kepada ibu :

  • Dengan menyusui bayi, badan akan merembeskan hormone oksitosin dimana hormon tersebut akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.
  • Menyusui bayi juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari.
  • Menyusui bayi juga dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

 

Selain daripada faedah-faedah yang tersebut di atas, melalui penyusuan susu ibu juga boleh membantu anak-anak mengelakkan pelbagai penyakit-penyakit yang boleh beriso tinggi kencing manis (jenis 1 dan jenis 2) , kolesterol, dan penyakit keradangan usus.

Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada risiko untuk mendapat alahan.

Bayi yang diberi formula berasaskan susu lembu atau soya cenderung untuk mempunyai reaksi alahan lebih daripada bayi susu ibu.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

 

 “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

 

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

 

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

 

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.

Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu seperti ESP dan Alfalfa beserta beberapa produk yang lain.

Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan ataupun keterangan lanjut tentang produk pemyusuan susu ibu. Diharap dengan sedikit usaha yang kita lakukan ini, akan memberi 1001 manfaat buat si comel anda =)

hubungi kami

 

posted by on INFO, Mengapa Kita Memerlukan Supplement, Shaklee

No comments

Tubuh kita mengambil masa yang lama untuk mengalami masalah kesihatan (biasanya kita akan mula mengalami masalah kesihatan dengan peningkatan usia) – generally it’s taken years for our bodies to reach this ‘breaking point’.

Jadi adalah penting untuk kita memahami bahawa untuk memulihkan kembali tubuh kita, juga akan mengambil masa berbulan-bulan, ataupun bertahun-tahun untuk ia kembali ke keadaan asal (sihat).

‘Saya sihat. Mengapa saya perlu mengambil apa-apa makanan tambahan?”

Ini adalah sebab mengapa supplement semulajadi penting untuk di ambil oleh semua orang.

Mari kita lihat bagaimana sumber mineral boleh dihilangkan daripada bermulanya sesuatu makanan itu dihasilkan atau ditanam, sehinggalah dimasak dan dimakan. || Read more

ü  Kekurangan mineral dalam tanah.

Walaupun anda memakan makanan yang sihat dan seimbang, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa makanan yang anda ambil terdiri daripada tanah yang tidak mempunyai kandungan mineral yang cukup (melainkan jika anda mengambil makanan berasaskan 100% organik). Apabila makanan ditanam berulang kali menggunakan tanah yang sama, kandungan mineral didalam tanah akan berkurangan dari semasa ke semasa dan ini akan member kesan kepada tanaman yang ditanam.

ü  Masa ‘transit’ yang lama untuk penghantaran.

Bukan semua sumber makanan kita diperolehi daripada sumber tempatan. Sebahagian besar daripada makanan (buah-buahan contohnya oren, mangga, epal dan sebagainya) yang kita makan di ‘import’ daripada luar yang mengambil masa yang lama untuk sampai kepada kita. Selalunya sumber-sumber makanan itu dipetik berbulan-bulan sebelum ia sampai kepada kita – So much for obtaining the maximum amount of nutrition!

ü  Cara penyediaan makanan

Sumber mineral juga boleh hilang melalui proses penyediaan makanan itu sendiri. ‘Overcooking’ ataupun memasak makanan dengan terlalu lama menyebabkan kehilangan sebahagian besar ‘nutrional value’ yang ada dalam sumber makanan itu sendiri, bermaksud kurang lah vitamin, mineral, antioksidan enzim-enzim yang ada.

ü  Pengambilan makanan dengan cara yang tidak sihat

Ramai orang yang tidak mengambil makanan mengikut jadual, masa dan pyramid makanan yang betul. ‘Skipping meals’, mengambil kudap-kudapan, makanan ringan, makanan segera dan dan sebagainya adalah antara contoh pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat! It is not in the best interest of our bodies kerana akan menyebabkan tekanan yang tidak sepatutnya kepada system penghadaman dan eventually akan menyebabkan banyak gejala yang tidak menyelesakan.

ü  Faktor usia dan masalah pencernaan

Semakin usia kita meningkat, semakin kurang enzim-enzim yang akan dihasilkan oleh badan kita, tidak seperti semasa kita berada dalam keadaan muda remaja dahulu. Enzim-enzim ini termasuklah enzim yang penting untuk pencernaan dan penyerapan makanan yang diambil. Kesan ini akan menyebabkan gejala-gejala ketidak selesaan yang biasa dialami seperti sakit perut, pedih  ulu hati, sembelit dan sebagainya.

ü  Stress + Stress + Stress = Mengurangkan system imun

Kita semua menjalani kehidupan yang sibuk dan sebahagian daripada kita lebih sibuk daripada yang lain! Antara komitmen kepada keluarga anda, sekolah, tempat kerja, komuniti, agama dan kewajipan lain, kehidupan kita memberikan tekanan yang maksimum tanpa kita sedari! Semua tekanan ini akan melemahkan sistem imun anda. Mengambil makanan tambahan boleh membantu untuk merapatkan jurang itu dan memberikan badan sebahagian daripada nutrient yang diperlukan untuk membolehkan ia berfungsi secara optimum.

mengapa kita memerlukan supplement

Tidak dinafikan, tiada apa yang dapat menggantikan makanan semulajadi yang baik dan sihat. Tetapi mengambil makanan tambahan yang berkualiti dan semulajadi boleh membantu anda mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik. Selain itu, anda amat amat memerlukan makanan tambahan jika anda masih mengamalkan tabiat buruk (melangkau waktu makan dan tidak makan makanan yang berasaskan organik).

Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan supplement harian keluarga anda.

posted by on INFO, Krisis Pemulihan

No comments

healing crisis

Pernah atau tidak, anda semua mengambil sesuatu ubat, vitamin atau makanan tambahan (supplement), ataupun menukar produk penjagaan muka dengan tujuan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada sebelumnya, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Tiba-tiba muka anda dipenuhi jerawat, selsema, sakit kepala, dan sebagainya?

Inilah yang disebut sebagai krisis pemulihan ataupun healing crisis. Sebetulnya, kita perlu memahami dahulu, apakah itu krisis pemulihan. || Read more

Apakah perbezaan di antara krisis pemulihan (healing crisis) dengan tindak balas (reaction) ubatan atau vitamin?

Ini adalah perkara yang agak sukar untuk di kenalpasti apabila kita baru mencuba ataupun menukar diet, supplemen dan rawatan. Jadi apa yang kita boleh buat ialah mengenal pasti adakah ‘cara’ yang digunakan itu diketahui sebagai penyebab penyahtoksin? Jika betul, ianya ialah krisis pemulihan . Tindak balas (reaction) pula biasanya disebabkan oleh (salah satu sebab) allergi makanan, makanan yang sukar di hadam yang di ambil dengan cepat/segera ataupun kerana produk sintetik.

Krisis pemulihan terjadi sebagai tanda bahawa badan kita mengalami bebanan dan tekanan dengan perubahan yang berlaku ketika dalam proses pemulihan. Ia berlaku apabila badan kita secara tiba-tiba mengenal pasti dan menyahkan toksin-toksin yang selama ini berada di dalam tubuh. Dalam erti kata lain, krisis pemulihan juga boleh dikatakan sebagai proses dimana tubuh kita melakukan ‘pembersihan secara besar-besaran’. Ia melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan,seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula. Secara ringkas, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imun) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah dengan lebih cepat berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin ini dari dalam badan dengan sendirinya.

Mengapa Healing Crisis Terjadi Setelah Mengambil Vitamin/Supplement?

Apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

krisis pemulihan

Terdapat tiga fasa yang berlaku ketika tubuh kita cuba untuk memulihkan dirinya (membaik pulih)iaitu :

  1. Nyahtoksin (detox)
  2. Membaiki (repair)
  3. Membina (generate)

Sisa kumuhan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kumpulan utama:

(1) Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel/ tisu badan.

(2) Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin/ krisi pemulihan.

Proses nyahtoksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama:

(1) Menghapuskan sisa buangan dan toksin.
(2) Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya.

Di antara tanda-tanda krisis healing crisis:

  1. Sakit kepala
  2. Letih lesu
  3. Sakit otot
  4. Rasa gelisah
  5. Perubahan emosi
  6. Gatal dan alahan kulit
  7. Cirit-birit
  8. Kekejangan
  9. Loya
  10. Demam/ Seakan-akan selesema (flu)
  11. Jerawat di muka dan badan
  12. Tekanan darah rendah

Tanda-tanda krisis pemulihan yang di alami oleh setiap orang adalah berbeza-beza. Sesetengah orang mengalami krisis pemulihan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.  Jika anda mengalami salah satu diantara tanda-tanda tersebut, jangan cemas. Ia tidak bermakna kesihatan atau keadaan anda bertambah buruk, tetapi ia adalah tanda bahawa tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk membaik pulih keadaannya.

Krisis pemulihan penting dalam memberi maklum balas keadaan tubuh.

Kita dapat mengenal pasti petanda yang baik melalui krisis pemulihan, ia juga adalah petanda yang amat membantu! Dengan krisis pemulihan kita dapat mengetahui bahawa ada sesuatu yang tidak betul di dalam badan anda, dan ia sedang dibaik pulih. Jika tiada apa-apa yang berlaku, anda tidak akan tahu bahawa vitamin, supplement atau pun ubat yang di ambil itu ‘bekerja’ atau tidak.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, terdapat dua petanda iaitu mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan. Healing crisis boleh terjadi

Menangani Krisis Pemulihan.

(1)  Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari.

Tips: 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda!

(2) Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas.

(3) Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu – bergantung kepada tubuh individu. Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal!

Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi!

(4) Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

  • Anda tidak mengambil dengan konsisten
  • Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
  • Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
  • Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
  • Penyakit kronik – memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
  • Keadaan tubuh yang kronik

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Puncanya.

Tanda Krisis Penyembuhan Kemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantuk Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktif Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar Mungkin buasir
Pening, lapar Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak) Masalah buah pinggang

 

 PERINGATAN:Sekiranya anda mengalami krisi pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada/ tekak, bengkak/ benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan.

 

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1