+ Google Krisis Pemulihan Archives | Pengedar ShakleePengedar Shaklee

Archive for the ‘Krisis Pemulihan’ Category

posted by on INFO, Krisis Pemulihan

No comments

healing crisis

Pernah atau tidak, anda semua mengambil sesuatu ubat, vitamin atau makanan tambahan (supplement), ataupun menukar produk penjagaan muka dengan tujuan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada sebelumnya, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Tiba-tiba muka anda dipenuhi jerawat, selsema, sakit kepala, dan sebagainya?

Inilah yang disebut sebagai krisis pemulihan ataupun healing crisis. Sebetulnya, kita perlu memahami dahulu, apakah itu krisis pemulihan. || Read more

Apakah perbezaan di antara krisis pemulihan (healing crisis) dengan tindak balas (reaction) ubatan atau vitamin?

Ini adalah perkara yang agak sukar untuk di kenalpasti apabila kita baru mencuba ataupun menukar diet, supplemen dan rawatan. Jadi apa yang kita boleh buat ialah mengenal pasti adakah ‘cara’ yang digunakan itu diketahui sebagai penyebab penyahtoksin? Jika betul, ianya ialah krisis pemulihan . Tindak balas (reaction) pula biasanya disebabkan oleh (salah satu sebab) allergi makanan, makanan yang sukar di hadam yang di ambil dengan cepat/segera ataupun kerana produk sintetik.

Krisis pemulihan terjadi sebagai tanda bahawa badan kita mengalami bebanan dan tekanan dengan perubahan yang berlaku ketika dalam proses pemulihan. Ia berlaku apabila badan kita secara tiba-tiba mengenal pasti dan menyahkan toksin-toksin yang selama ini berada di dalam tubuh. Dalam erti kata lain, krisis pemulihan juga boleh dikatakan sebagai proses dimana tubuh kita melakukan ‘pembersihan secara besar-besaran’. Ia melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan,seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula. Secara ringkas, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imun) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah dengan lebih cepat berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin ini dari dalam badan dengan sendirinya.

Mengapa Healing Crisis Terjadi Setelah Mengambil Vitamin/Supplement?

Apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

krisis pemulihan

Terdapat tiga fasa yang berlaku ketika tubuh kita cuba untuk memulihkan dirinya (membaik pulih)iaitu :

  1. Nyahtoksin (detox)
  2. Membaiki (repair)
  3. Membina (generate)

Sisa kumuhan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kumpulan utama:

(1) Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel/ tisu badan.

(2) Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin/ krisi pemulihan.

Proses nyahtoksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama:

(1) Menghapuskan sisa buangan dan toksin.
(2) Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya.

Di antara tanda-tanda krisis healing crisis:

  1. Sakit kepala
  2. Letih lesu
  3. Sakit otot
  4. Rasa gelisah
  5. Perubahan emosi
  6. Gatal dan alahan kulit
  7. Cirit-birit
  8. Kekejangan
  9. Loya
  10. Demam/ Seakan-akan selesema (flu)
  11. Jerawat di muka dan badan
  12. Tekanan darah rendah

Tanda-tanda krisis pemulihan yang di alami oleh setiap orang adalah berbeza-beza. Sesetengah orang mengalami krisis pemulihan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.  Jika anda mengalami salah satu diantara tanda-tanda tersebut, jangan cemas. Ia tidak bermakna kesihatan atau keadaan anda bertambah buruk, tetapi ia adalah tanda bahawa tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk membaik pulih keadaannya.

Krisis pemulihan penting dalam memberi maklum balas keadaan tubuh.

Kita dapat mengenal pasti petanda yang baik melalui krisis pemulihan, ia juga adalah petanda yang amat membantu! Dengan krisis pemulihan kita dapat mengetahui bahawa ada sesuatu yang tidak betul di dalam badan anda, dan ia sedang dibaik pulih. Jika tiada apa-apa yang berlaku, anda tidak akan tahu bahawa vitamin, supplement atau pun ubat yang di ambil itu ‘bekerja’ atau tidak.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, terdapat dua petanda iaitu mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan. Healing crisis boleh terjadi

Menangani Krisis Pemulihan.

(1)  Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari.

Tips: 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda!

(2) Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas.

(3) Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu – bergantung kepada tubuh individu. Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal!

Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi!

(4) Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

  • Anda tidak mengambil dengan konsisten
  • Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
  • Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
  • Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
  • Penyakit kronik – memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
  • Keadaan tubuh yang kronik

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Puncanya.

Tanda Krisis Penyembuhan Kemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantuk Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktif Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar Mungkin buasir
Pening, lapar Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak) Masalah buah pinggang

 

 PERINGATAN:Sekiranya anda mengalami krisi pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada/ tekak, bengkak/ benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan.

 

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1