+ Google Mudah Hamil Archives | Pengedar ShakleePengedar Shaklee

Archive for the ‘Mudah Hamil’ Category

posted by on INFO, Mudah Hamil, Tips of the day

No comments

 

Lagi tip mudah hamil untuk panduan anda selain diet yang sihat, anda juga perlu mengambil vitamin ataupun supplement sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Supplement ini penting kerana kita perlu ‘preparetubuh kita ‘at its best condition‘ sebagai persediaan untuk hamil.

Tip Mudah Hamil 2 : Ambil Vitamin 

take vitamin

Terdapat beberapa nutrien penting yang badan anda akan perlukan untuk hamil seperti yang berikut :

 

Vitamin E
Zinc
Copper
Panthothenic acid
Potassium
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D
Thiamin B6
Riboflavin
Niacin

 *Nantikan tip seterusnya di dalam artikel akan datang 🙂

posted by on INFO, Mudah Hamil, Tips of the day

1 comment

Setiap insan yang berumah tangga pasti ingin mempunyai cahaya mata. Tetapi tidak semua bernasib baik yang berjaya dan mudah hamil pada waktu dan masa seperti yang dirancangkan.

Percubaan untuk hamil boleh memberi keseronokan – anda akan sentiasa mendapat alasan untuk rapat dengan pasangan. Walaupun ramai orang berfikir bahawa percubaan untuk hamil hanya akan mengambil masa beberapa hari, tetapi kadangkala ia benar-benar boleh mengambil masa yang lama.

Kita tahu bahawa ia juga boleh menjadi sesuatu yang mengecewakan. Oleh itu, mari kita lakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui bagaimana cara untuk mempercepatkan kehamilan, dari menukar diet anda hinggalah kepada mencuba posisi seks yang berlainan, terdapat banyak cara yang anda boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil.

 

Tip Mudah Hamil 1 : Diet Yang Sihat

healthy diet

Ya, lebih mudah untuk berkata daripada dilakukan, tetapi mempunyai diet yang sihat dan gaya hidup adalah benar-benar penting jika anda mahu meningkatkan peluang anda untuk hamil.

 

Senaman dan diet yang seimbang akan membantu menyediakan tubuh anda untuk mendapat kesihatan yang optimum, dan jika anda mahu hamil dengan cepat, tubuh anda perlu berada ‘at its best condition’.

 

Anda perlu memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari banyak kumpulan warna yang berbeza – itulah cara mudah untuk memastikan anda mendapat vitamin dan mineral yang penting di dalam diet anda .

 

Makanan lain yang baik untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil ialah makanan yang mengandungi zinc.

 

Asid folik adalah topik yang hangat diperkatakan untuk ibu mengandung, tetapi ia juga penting bagi wanita yang cuba untuk hamil. Makanan yang kaya dengan asid folik biasanya hijau – jadi cuba makan lebih brokoli dan bayam. Asid folic perlu diambil seawal anda membuat keputusan untuk hamil lagi.

 

Makan makanan tenusu , buah-buahan , daging dan protein dalam kuantiti yang betul juga akan membantu anda untuk meningkatkan kesihatan anda dan meningkatkan peluang anda untuk hamil.

*Nantikan tip seterusnya di dalam artikel akan datang 🙂

 

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1