+ Google Shaklee - Alfalfa Archives | Pengedar ShakleePengedar Shaklee

Archive for the ‘Shaklee – Alfalfa’ Category

posted by on Set Menyusu Shaklee, Shaklee - Alfalfa, Shaklee - ESP, Susu Ibu

1 comment

 

Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih nama untuk bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barang keperluannya dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya.

waiting for babies

Satu perkara yang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu ibu. Ia memberikan banyak faedah kepada anda dan bayi. Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah sesuatu yang datang dari naluri.

Saya sendiri mula terfikir untuk memberikan susu ibu eksklusif kepada anak saya setelah melihat rakan-rakan di pejabat mengepam susu sebagai bekalan untuk bayi mereka.

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehingga umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas. Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.

 

Artikel ini akan membantu anda untuk memahami :

Faktor Yang Menghalang Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Punca Susu Tidak Mencukupi

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap

Keadaan Yang Mengganggu Penyusuan Susu Ibu

Set Menyusu Shaklee Membantu Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

|| Read more

Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah dan cerita ibu atau rakan dan kenalan mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil.

Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadinya. Kebanyakan masalah yang wujud di awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil.

Faktor Yang Menghalang Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Kebanyakan wanita gagal melengkapkan penyusuan susu ibu secara eksklusif kerana :

  • Cepat putus asa
  • Diet tidak seimbang
  • Kurangnya ilmu tentang penyusuan
  • Malas mengepam susu secara konsisten ketika tidak bersama bayi (di pejabat dan sebagainya)
  • Tidak kisah tentang penyusuan susu ibu
  • Tidak bersungguh-sungguh
  • Tidak mendapat sokongan daripada suami dan keluarga
  • Tiada keyakinan
  • Stress/tekanan

Punca Susu Tidak Mencukupi

Amat jarang sekali kita mendengar susu ibu tidak mencukupi secara semulajadi. Biasanya faktor ini berkait rapat dengan emosi ibu-ibu sendiri. Memikirkan perkara-perkara yang negatif juga dapat mengerangkan pengeluaran susu ibu.

Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.
Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila :

  • bayi kurang disusukan
  • menghadkan masa penyusuan
  • kedudukan penyusuan yang tidak betul

Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih dari itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda “kosong” dan semakin banyaklah susu dihasilkan.

Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30-40 minit untuk setiap penyusuan. Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga ia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.

Beberapa faktor dari ibu yang menyebabkan susu tidak mencukupi ialah seperti :

  • merokok
  • mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih dari 5 cawan kopi sehari)
  • penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga
  • Pendarahan atau turun darah yang serius selepas bersalin, anemia dan beguk atau hipotiroidisme (tiroid yang kurang aktif)
  • pembedahan payu dara juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu. kadangkala ia pulih dengan sendirinya.

 

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap

Susui bayi anda dengan kerap pada bila -bila masa dan seberapa lama yang disukainya supaya:

  • Bayi anda mendapat lebih kolostrum
  • Bekalan susu dihasilkan dengan cepat
  • Berat badan bayi anda meningkat dengan cepat
  • Bayi anda kurang mengalami neonatal jaundice
  • Bayi anda kurang menangis dan kurang desakan untuk  memberikan susu gantian
  • Anda kurang mengalami bengkak payudara
  • Penyusuan susu ibu mudah diperkukuhkan
  • Anda boleh menyusukan bayi anda dalam tempoh penyusuan
  • yang lama

 

Keadaan Yang Mengganggu Penyusuan Susu Ibu Jika Bayi Anda Diberi:

  • Sebarang minuman atau makanan selain daripada susu ibu
  • Bayi anda diberi puting tiruan
  • Bilangan penyusuan bayi anda dihadkan
  • Tempoh penyusuan bayi anda dihadkan

 

kebaikan susu ibu

Set Menyusu Shaklee Membantu Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu kedengaran seperti perkara yang mudah, tetapi ia juga memberi cabaran yang hebat kepada ibu-ibu terutama ibu yang bekerjaya.

Tanpa ilmu yang cukup, adalah agak mustahil untuk penyusuan susu ibu secara eksklusif ini akan berjaya.

Pengeluaran susu seperti yang dinyatakan di dalam artikel di atas, dan artikel yang lepas, adalah bergantung kepada Demand vs Supply, digabungkan pula dengan Set Menyusu Shaklee, InsyaAllah akan mendapat hasil yang positif.

  • Set Menyusu Shaklee dapat membantu ibu-ibu untuk menghilangkan keletihan, stress serta memulihkan tubuh agar kembali sihat dan bertenaga.
  • Tubuh badan yang letih dan kepenatan, serta keadaan fikiran yang mengalami tekanan akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.
  • Oleh itu, amalkan jadual pengepaman yang konsisten ketika tidak bersama bayi, susukan bayi dengan kerap, fikirkan perkara-perkara yang mengembirakan dan positif, serta amalkan Set Menyusu Shaklee untuk membantu anda kekal sihat, cergas dan bertenaga untuk membantu dan memudahkan perjalanan menyusui bayi anda

Set Menyusu Shaklee terdiri daripada :

set menyusu shaklee  3

ESP :

Membekalkan sumber protein dan hormon di dalam badan, merupakan komponen utama di dalam susu ibu (protein), membantu pemyembuhan luka dengan pantas dan menyeluruh.

Vitalea :

Membekalkan 28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap, serta zat besi untuk kesihatan optimum.

Alfalfa Complex :

Kaya dengan nutrisi dan mineral, alfalfa membantu untuk membuang toksin. Ia membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu, melegakan rasa kebas dan sakit sendi serta membantu untuk mengecutkan rahim.

Sustained Released Vit. C :

Tubuh kita akan kehilangan vitamin di dalam aktiviti seharian. Pengambilan Vit. C dengan pelepasan secara berperingkat akan membantu membekalkan antioksida, menguatkan antobodi badan, dan membekalkan vitamin C secara berperingkat kepada tubuh.

B Complex :

Menggalakkan metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat. Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan. Meningkatkan fungsi otak, terdiri daripada 8 vitamin B dengan acid folic, membantu mengurangkan depresi terutama sekali kepada ibu yang baru melahirkan, membantu menggalakkan sel darah merah serta menukarkan makanan kepada tenaga (mengelakkan kegemukan)

Ostematrix :

Membekalkan kalsium kepada ibu, melegakan saraf dan otot serta mengelakkan tekanan (ostematrix merupakan ‘natural tranquilizer’ yang dapat membuatkan kita tidur dengan lebih nyenyak), mengelakkan kerosakan gigi dan tulang reput.

 

Jom kita lihat apa kata pengamal Set Menyusu Shaklee yang telah berjaya menghasilkan 2000o.z. semasa tempoh berpantang

set menyusu shaklee

InsyaAllah, dengan ilmu penyusuan, badan yang sihat, cergas dan bertenaga dengan Set Menyusu Shaklee, anda akan mampu menyusukan bayi anda dengan sempurna dan akan mendapat manfaat yang secukupnya.

breastmilk

Segala pertanyaan tentang penyusuan susu ibu, Set Menyusu Shaklee atau isu-isu lain, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa sahaja.

 

FB : Pretty Blossom

LIKE kami di FB Page : Pretty Blossom : Health and Beauty

Whatsapp/Telegram : 013-282 6262

Email : pretty0blossom@gmail.com

Hubungi Kami

 

 

 

 

 

posted by on INFO, Shaklee - Alfalfa, Shaklee - ESP

No comments

 

Trend penyusuan susu ibu telah kembali menjadi fenomena pada masa kini. Kebanyakan ibu-ibu muda dan berkerjaya telah kembali memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Kebaikan susu ibu tidak terhad kepada bayi semata-mata, tetapi ia juga memberi kebaikan kepada para ibu.

susu ibu

Ibu-ibu  disarankan memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula dan tanpa  air masak kepada bayi.

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, selain mengandungi semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan, susu ibu penuh dengan bahan-bahan melawan penyakit yang dapat melindungi bayi. Berikut adalah beberapa manfaat penting penyusuan buat bayi dan ibu :

Bayi susu ibu

|| Read more

Kebaikan susu ibu kepada bayi :

  • Penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi dari penyakit.
  • Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada alahan.
  • Penyusuan susu ibu boleh meningkatkan kecerdasan anak anda.
  • Penyusuan susu ibu boleh melindungi anak anda daripada obesity.
  • Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko bayi anda daripada mengalami SIDS.

 

Kebaikan susu ibu kepada ibu :

  • Dengan menyusui bayi, badan akan merembeskan hormone oksitosin dimana hormon tersebut akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.
  • Menyusui bayi juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari.
  • Menyusui bayi juga dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

 

Selain daripada faedah-faedah yang tersebut di atas, melalui penyusuan susu ibu juga boleh membantu anak-anak mengelakkan pelbagai penyakit-penyakit yang boleh beriso tinggi kencing manis (jenis 1 dan jenis 2) , kolesterol, dan penyakit keradangan usus.

Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada risiko untuk mendapat alahan.

Bayi yang diberi formula berasaskan susu lembu atau soya cenderung untuk mempunyai reaksi alahan lebih daripada bayi susu ibu.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

 

 “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

 

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

 

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

 

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.

Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu seperti ESP dan Alfalfa beserta beberapa produk yang lain.

Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan ataupun keterangan lanjut tentang produk pemyusuan susu ibu. Diharap dengan sedikit usaha yang kita lakukan ini, akan memberi 1001 manfaat buat si comel anda =)

hubungi kami

 

posted by on Kanser, Kurus, Set Bersalin Shaklee, Shaklee - Alfalfa

2 comments

 

Alfalfa Shaklee terkenal dengan jolokan ‘Raja Segala Tumbuhan’. Alfalfa Shaklee diperbuat daripada Alfalfa (Medicago sativa) yang ditanam secara organic, tidak mengandungi ‘pesticides’ dan ‘ herbasides’ serta menggunakan baja bebas kimia.

Medicago sativa adalah alfalfa yang terbaik yang mempunyai gred yang tertinggi di antara tumbuhan alfalfa yang lain. Ia mempunyai akar sepanjang 20 kaki (6meter) ke dalam tanah yang membolehkannya menyerap lebih nutrisi dan alfalfa ini akan hanya dituai setelah daunnya matang.

alfalfa shaklee

Kandungan artikel untuk menjimatkan masa anda

 

Bolehkah Alfalfa di Ambil Selepas Bersalin?

  •  Ya, alfalfa boleh di ambil sejurus selepas bersalin, ianya tidak memudaratkan anda dan bayi yang baru dilahirkan
  • Ianya tidak menyebabkan bayi menjadi kuning
  • Alfalfa tidak menyebabkan kesan panas terhadap ibu dan bayi

 

Berapakah Kadar/Dos Pengambilan untuk Sehari

  • Kadar/Dos bergantung kepada ‘reason’ anda mengambil alfalfa sebagai supplement harian anda. Ia akan diberikan semasa sesi konsultansi bersama kami kerana cara pengambilan serta kadar/dos adalah berbeza-beza mengikut masalah pelanggan.

|| Read more

Harga Alfalfa Shaklee

  • Harga pasaran Alfalfa Shaklee adalah sangat berbaloi, iaitu hanya RM53.00 untuk semenanjung Malaysia dan RM56.00 untuk Sabah dan Sarawak.
  • Inginkan lebih penjimatan? Boleh. Sila hubungi kami di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Adakah Alfalfa Selamat di Makan Untuk Semua Keadaan?

  • Tidak. Terdapat keadaan tertentu yang amat tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Shaklee. Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi terbaik anda.

 

Set-Set Yang Boleh di Ambil Bersama Alfalfa Shaklee

 

Kami mendapat banyak testimoni yang memberangsangkan dan positif tentang Alfalfa Shaklee. Kesemua ‘feedback’ yang kami dapat semua pelanggan amat berpuas hati dengan Alfalfa Shaklee ini.

Seorang kawan kami sering mengalami sakit-sakit dibahagian kaki (cramped) dan perlu mengambil susu sebelum tidur. Oleh kerana beliau tidak gemarkan susu, beliau mencuba alternatif lain iaitu mengambil Alfalfa Shaklee, dan Alhamdulillah kini beliau tidak lagi mengalami sakit kaki apabila bangun pagi.

Lagi testimoni Alfalfa Shaklee seperti di bawah, Alfalfa Shaklee membantu melegakan batuk dan PMS.

testi alfalfa shaklee

 

Lagi Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Alfalfa

1. Keistimewaan Alfalfa Complex
2. Kebaikkan Alfalfa Complex Terhadap Badan
3. Fungsi Utama Alfalfa Complex
4. Kelebihan Alfalfa Shaklee

 

1. Keistimewaan Alfalfa Complex

  •  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  • Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
  • Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
  • Membersihkan hati
  • Membantu melengkapakan zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang

 2. Kebaikkan Alfalfa Complex Terhadap Badan

  •  Kaya dengan vitamin dan mineral. Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak     dan Antioksidan.

 3. Fungsi Utama Alfalfa Complex

  • Mencuci hati, darah dan usus– ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

 

 4. Kelebihan Alfalfa Shaklee

  •  Legakan sakit-sakit otot, sendi dan belakang.
  • Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa period.
  • Membantu Merawat arthitis
  • Membantu Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membantu masalah keputihan pada wanita.
  • Membesar dan menegangkan payudara.
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
  • Memulihkan urat selepas bersalin.
  • Milk booster
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina lelaki
  • Meningkatkan kesihatan prostat
  • Membantu Melegakan masalah sembelit/pencernaan
  • Mengurangkan paras gula dalam darah

Dapatkan Alfalfa Shaklee sebagai supplement harian anda. Dengan pelbagai manfaat seperti yang telah kami senaraikan di atas, tanpa ragu-ragu lagi Alfalfa Shaklee adalah yang terbaik dan Insyaallah boleh di ambil tanpa was-was.

Hubungi kami untuk mendapatkan Alfalfa anda ataupun boleh juga membuat pesanan melalui web ataupun melalui rangkaian pengedar kami 🙂

Contact Us

posted by on Set Bulan Madu Shaklee, Shaklee, Shaklee - Alfalfa, Shaklee - Collagen, Shaklee - CoQ10

No comments

 

~Set Bulan Madu Shaklee~

Kadang-kala, apabila sudah lama berada di dalam satu ‘ikatan’ ataupun perhubungan, ‘spark‘ itu akan pudar.
kadang-kadang, kita perlu ‘polish‘kan ia agar bersinar semula.

~Semarakkan cinta, luahkan rasa~

“Dalam kesempatan yang lama kutunggu
Cuaca cerah memancar sinar rembulan
membantuku membunuh kegalauan jiwa
Bunga tulip mekar subur di dada

Dalam percintaan yang hangat menggebu
marilah kita saling melebur diri
Simpanlah cintaku sedalam-dalamnya
Cintamu pun lekat di jantung hati

Buang jauh-jauh onak dan duri
Mari kita lintasi semua bumi
Pejamkan matamu, hirup kenyamanan
Cinta telah terpatri selamanya

Bersama kita dengar nyanyian bunga
Mimpi-mimpi yang usang kita kubur
Menggenggam hari ini seerat mungkin
Perjalanan kita masih sangat panjang

Buang jauh-jauh onak dan duri
Mari kita lintasi semua bumi
Pejamkan matamu, hirup kenyamanan
Cinta telah terpatri selamanya”

Shaklee bukan sahaja membawa kan rangkaian produk-produk kesihatan dan kecantikan kepada anda, malah membawakan Set Bulan Madu Shaklee khusus untuk menyemarakkan hubungan suami isteri. Hebat kan =)

set bulan madu

Set Bulan Madu Shaklee – Lelaki

Zinc Complex : Memelihara kesihatan, membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.

CoQ Health : Mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan kesan sampingan kanser, migrain, dan sebagainya.

* Pengambilan supplement ini dapat meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan suami di samping dapat ‘tahan’ lebih lama.

Set Bulan Madu Shaklee – Wanita

Sustain Relased Vita-C : Mencantikkan kulit, membentuk kolagen, memperbaiki sistem imun badan

Vitamin E : Kecantikan kulit, anti penuaan dan anti oksida, melindungi dan mencegah kerosakan sel, mempercepatkan proses pemulihan kulit, berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit, berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit serta menghilangkan parut-parut, awet muda, ‘sex’ food.

Alfalfa Complex : Antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria, menganjalkan serta merapatkan.

ESP : Mengandungi 22 asid amino dan 9 asid amoni yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, Indeks Glisemik rendah, menagndungi Isoflavone, mengurangkan kolestrol.

Shaklee Collagen Powder : Mengembalikan keremajaan dan keanjalan kulit, menegangkan payudara, keserian dan mecerahkan wajah, menghaluskan dan melembapkan kulit.

Hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut tentang set ini.

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1