+ Google nutrisi penting untuk ibu hamilPengedar Shaklee

Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil

Sep
2013
16

posted by on INFO, Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil, Shaklee

1 comment

set kehamilan

Nutrisi penting bagi ibu hamil. Ibu hamil amat memerlukan diet yang lengkap untuk memastikan tahap kesihatan kandungan dan diri mereka berada di dalam keadaan yang paling optimum.Pengambilan makanan yang sihat dan diet yang pelbagai sangat membantu ibu hamil untuk mendapatkan semua nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh.

piramid makanan

Cara yang terbaik untuk mendapatkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan adalah melalui makanan seharian yang diambil, tetapi, apabila seseorang wanita hamil, mereka perlu mengambil supplement ataupun vitamin tambahan untuk memastikan tubuh mereka mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Di sinilah bagaimana set hamil Shaklee dapat membantu para ibu untuk mendapatkan semua khasiat yang diperlukan ketika melalui fasa kehamilan. Bukan itu sahaja, set mengandung Shaklee ini juga boleh berfungsi sebagai set berpantang Shaklee. Fungsi-fungsinya saya akan kongsikan di artikel yang seterusnya nanti.

Mengapakah nutrisi penting untuk ibu hamil? Mari kita lihat cadangan pengambilan vitamin dan kepentingannya kepada ibu hamil serta bayi di dalam kandungan.

Cadangan pengambilan vitamin ataupun supplement untuk ibu hamil :

  • Acid Folic setiap hari dan perlu diambil 3bulan sebelum hamil sehingga usia kandungan berusia 12minggu.
  • Vitamin D setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan sepanjang proses menyusu

Asid Folic.

Acid Folic amat penting untuk kehamilan kerana ia akan menghalang ataupun mengurangkan risiko ‘birth defect’ ataupun dikenali juga sebagai ‘neural tube defect’ seperti spina bifida. Ia perlu diambil setiap hari semasa anda ‘cuba’ untuk hamil sehingga kehamilan berusia 12 minggu. Jika asid folic tidak diambil sebelum kehamilan, anda harus mula mengambil asid folic secepat yang mungkin sebaik sahaja mengetahui mengenai kehamilan anda.

Anda juga perlu memakan makanan yang mengandungi ‘folate’ (bentuk semulajadi asid folic) seperti sayur-sayuran hijau dan beras perang. Sesetengah ibu hamil mempunyai risiko untuk mendapat ‘neural tube defect’, mereka yang tergolong dalam golongan yang berisiko ialah :

  • Ibu hamil ataupun pasangan mengalami ‘neural tube defect’
  • Pernah mendapat ‘neural tube defect’ pada kandungan yang lepas
  • Ibu hamil ataupun pasangan mempunyai sejarah keluarga yg mengalami ‘neural tube defect’
  • Menghidap kencing manis

 Vitamin D.

Vitamin D mengawal jumlah kalsium dan fosfat dalam badan yang diperlukan untuk menjaga tulang dan gigi yang sihat.Anda perlu mengambil vitamin D semasa kehamilan anda untuk memastikan bayi anda mendapat cukup vitamin D untuk beberapa bulan pertama hayatnya. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan tulang kanak-kanak menjadi lembut dan boleh membawa kepada penyakit rikets (penyakit yang menjejaskan perkembangan tulang pada kanak-kanak).Vitamin D boleh didapati secara semulajadi dalam ikan seperti salmon, mackerel (sardin), telur dan daging. Sumber terbaik vitamin D ialah daripada cahaya matahari. Jika anda mempunyai kulit yang gelap atau sentiasa melindungi kulit anda, anda mungkin mempunyai risiko tertentu kekurangan vitamin D.

Zat Besi

Antara tanda-tanda kekurangan zat besi ialah anda mungkin akan menjadi sangat letih dan mungkin mengalami anemia. Sumber semulajadi yang mengandungi zat besi adalah seperti daging, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering, dan kekacang.

Vitamin C

Vitamin C berfungsi untuk melindungi dan membantu memastikan sel-sel didalam tubuh kita berada dalam keadaan yang sihat. Diet yang seimbang yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk brokoli, buah-buahan sitrus, tomato, lada loceng, dan anggur, boleh menyediakan semua vitamin C yang diperlukan oleh tubuh.

Kalsium

sumber kalsium semulajdi

Kalsium adalah penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi anda. Produk tenusu dan ikan dengan tulang yang boleh dimakan seperti sardin amat kaya dengan kalsium. Bijirin sarapan, buah-buahan kering seperti pokok ara dan apricot, roti, badam, tauhu dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti selada air dan brokoli  merupakan sebahagian daripada sumber-sumber kalsium yang baik.

Setelah mengetahui mengapa nutrisi penting untuk ibu hamil, dapatkah anda memastikan bahawa anda mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya melalui pengambilan makanan seharian?

Untuk memastikan anda mendapat keperluan nutrisi yang secukupnya, saya boleh membantu anda untuk mendapatkannya. Boleh hubungi saya pada bila2 masa untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags:

1 comment

Trackback e pingback

  1. Set Bersalin Shaklee Melengkapkan Keperluan Ibu Dalam PantangPretty Blossom
    […] normal. Ini akan memberi kejutan terhadap badan anda kerana perubahan yang drastik itu. Jika ibu-ibu yang hamil memerlukan nutrisi yang lengkap dalam pemakanan untuk memastikan…

Leave a Reply

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1