+ Google Daftar Ahli Shaklee OnlinePengedar Shaklee | Harga Set Bersalin, Kesuburan, Mengandung, Kehamilan, Kecantikan, Kurus, Menyusu, Berpantang Shaklee dari Pengedar Shaklee di Seri Kembangan, Bangi dan Kajang | Page 3

posted by on INFO, Mudah Hamil, Tips of the day

1 comment

Setiap insan yang berumah tangga pasti ingin mempunyai cahaya mata. Tetapi tidak semua bernasib baik yang berjaya dan mudah hamil pada waktu dan masa seperti yang dirancangkan.

Percubaan untuk hamil boleh memberi keseronokan – anda akan sentiasa mendapat alasan untuk rapat dengan pasangan. Walaupun ramai orang berfikir bahawa percubaan untuk hamil hanya akan mengambil masa beberapa hari, tetapi kadangkala ia benar-benar boleh mengambil masa yang lama.

Kita tahu bahawa ia juga boleh menjadi sesuatu yang mengecewakan. Oleh itu, mari kita lakukan sedikit penyelidikan untuk mengetahui bagaimana cara untuk mempercepatkan kehamilan, dari menukar diet anda hinggalah kepada mencuba posisi seks yang berlainan, terdapat banyak cara yang anda boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil.

 

Tip Mudah Hamil 1 : Diet Yang Sihat

healthy diet

Ya, lebih mudah untuk berkata daripada dilakukan, tetapi mempunyai diet yang sihat dan gaya hidup adalah benar-benar penting jika anda mahu meningkatkan peluang anda untuk hamil.

 

Senaman dan diet yang seimbang akan membantu menyediakan tubuh anda untuk mendapat kesihatan yang optimum, dan jika anda mahu hamil dengan cepat, tubuh anda perlu berada ‘at its best condition’.

 

Anda perlu memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari banyak kumpulan warna yang berbeza – itulah cara mudah untuk memastikan anda mendapat vitamin dan mineral yang penting di dalam diet anda .

 

Makanan lain yang baik untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil ialah makanan yang mengandungi zinc.

 

Asid folik adalah topik yang hangat diperkatakan untuk ibu mengandung, tetapi ia juga penting bagi wanita yang cuba untuk hamil. Makanan yang kaya dengan asid folik biasanya hijau – jadi cuba makan lebih brokoli dan bayam. Asid folic perlu diambil seawal anda membuat keputusan untuk hamil lagi.

 

Makan makanan tenusu , buah-buahan , daging dan protein dalam kuantiti yang betul juga akan membantu anda untuk meningkatkan kesihatan anda dan meningkatkan peluang anda untuk hamil.

*Nantikan tip seterusnya di dalam artikel akan datang 🙂

 

posted by on INFO, Shaklee

No comments

 

Seringkali terdapat keraguan tentang Shaklee halal atau haram, baik dari segi produk mahupun sistem perniagaan yang dijalankan.

Shaklee dikaitkan dengan ‘pernyataan’ bahawa ianya tidak patuh syarak kerana ia adalah perniagaan yang berteraskan sistem MLM (Multi Level Marketing).

MLM pula selalunya dikaitkan dengan sistem piramid. 

Tetapi apa yang pembaca perlu tahu, untuk disenaraikan sebagai sistem perniagaan PATUH SYARAK, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi.

Mari kita lihat syarat-syarat bagaimana perniagaan MLM ini boleh diklasifikasikan sebagai perniagaan patuh syarak.

HALAL HARAM

Sumber : wafiqulya.blogspot.com

–> Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah)

|| Read more

Mari Fahami.

SISTEM MLM HARAM?

Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak.

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. 

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. 

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. 

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. 

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.

Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan.

Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.

Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?

Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan.

Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam.

Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.

Dari segi produk pula, Shaklee mendapat sijil HALAL daripada Islamic Services of America, USA yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM.

sijil-halal-shaklee

ISA

 

Untuk penerangan lebih lanjut anda juga boleh merujuk kepada web Ustaz Zahruddin untuk kriteria perniagaan patuh syarak.

Berminat untuk daftar ahli? Anda dialu-alukan untuk mendaftar dengan kami, pengedar Shaklee terbaik, pakar set mengandung.

Tip Kesuburan

Jan
2014
22

posted by on kesuburan, Tips of the day

No comments

 

Buat anda yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, sedikit tip kesuburan daripada pakar sakit puan untuk rujukan anda =)

Tips subur

 

Hope it’s helpful!!

=)

posted by on INFO, Susu Ibu

1 comment

 

Di dalam artikel sebelum ini kami ada menerangkan serba sedikit tentang penyusuan susu ibu kepada bayi iaitu mengenai kebaikannya kepada ibu dan bayi, dan tidak lupa juga dari segi tuntutan agama.

 

Sedikit ringkasan daripada artikel yang lepas :

1. Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang serta mencegah kanser pada bayi.

2. Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

3. Membantu menjarakkan kehamilan seterusnya.

4. Membantu pengecutan rahim selepas bersalin.

5. Membantu ibu mengekalkan bentuk badan seperti sebelum bersalin.

6. Membantu keluarga dari segi penjimatan kewangan.

penyusuan susu ibu

Mengikut saranan bayi perlu disusukan dengan susu ibu (exclusive breastfeeding tanpa apa-apa makanan dan minuman walaupun air kosong) sekurang-kurangnya selama 6 bulan, serta digalakkan untuk meneruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun.

|| Read more

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu yang kelihatan amat mudah untuk dilakukan,tetapi hakikatnya tidak. Jadi, untuk menjayakan penyusuan susu bayi anda hendaklah bersedia secara mental dan fizikal dan mengumpul maklumat serta ilmu.

 

Bersedia Untuk Menyusui Bayi.

  • Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Cara-cara paling biasa dan efektif:
  • Berbincang dengan ibu menyusu yang lain
  • Baca buku untuk biasakan diri serta menambah pengetahuan
  • Hubungi organisasi sokongan penyusuan badan di tempat anda.
  • Cuba sertai kelas penyusuan atau sesi persediaan penyusuan badan (dianjurkan oleh banyak hospital sebagai sebahagian daripada kursus pranatal mereka) menjelang penghujung kehamilan anda.

Semakin banyak yang anda tahu tentang cara-cara dan faedah menyusu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya.

 

Konsep utama di dalam penyusuan susu ibu ialah

DEMAND vs SUPPLY

 

Jika anda tidak menyusu bayi dengan kerap, dan tidak mengosongkan breast dengan kerap (iaitu bila breast terasa penuh dan dibiar penuh sampai bengkak tanpa menyusu bayi atau perah), susu akan menjadi kurang.

 

Kerana konsep penyusuan tidak betul di situ. Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, mesti ingat konsep ini :

Empty Breast = More Milk Production

Full Breast = Less Milk Production

 

Jadi kenapa perlukan supplement bila konsep utama ialah supply vs demand?

 

Supplement set menyusu shaklee dalam konteks penyusuan susu ibu bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya,

 

tetapi ialah untuk meningkatkah tahap kesihatan ibu.

Sekiranya ibu seorang yang

1.       asyik penat keletihan,

2.       sering tertekan dan stress,

3.       sering naik angin,

4.       sering takde mood,

5.       nak masak pun tak larat,

6.       nak buat kerja rumah pun rasa letih

 

penat

Ibu-ibu akan kehilangan tenaga dan ‘lead to stress’ apabila penat dengan urusan anak-anak, rumanhtangga, kerja dan sebagainya.

Semasa kita melalui fasa kehamilan selama 9 bulan dan fasa berpantang selama 2-3 bulan juga tubuh kita memerlukan makanan berkhasiat dan supplement supaya kesihatan kita kekal di tahap optimum.

Apatah lagi fasa penyusuan bayi selama 2 tahun?

Penyusuan susu ibu adalah berkait dengan faktor hormon.

Hormon-hormon yang terlibat dalam proses penyusuan iaitu hormon prolactine dan hormon oxytocin sangat berkait rapat dengan keadaan ibu, terutamanya oxytocin yang dikenali sebagai hormon gembira.

Jadi sekiranya ibu sering bermasalah seperti masalah-masalah di atas, tentu sekali akan mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya mengganggu juga proses penyusuan.

Disebabkan itulah ada ibu-ibu yang memerlukan bantuan supplement vitamin ibu menyusu untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Kerana manfaat vitamin ibu menyusu amat banyak membantu dalam memberi tenaga, kesihatan dan ketenangan pada ibu menyusu.

 

Atas factor-faktor inilah ibu-ibu yang menyusukan amat memerlukan supplement di dalam fasa penyusuan mereka. Malah pakar sakit puan turut mencadangkan supplement ini di ambil daripada peringkat kehamilan, kelahiran dan seterusnya untuk sepannjang hayat wanita.

Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang penyusuan susu ibu.

Kami sedia membantu dengan penerangan dan konsultation khas untuk anda.

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1