+ Google Daftar Ahli Shaklee OnlinePengedar Shaklee | Harga Set Bersalin, Kesuburan, Mengandung, Kehamilan, Kecantikan, Kurus, Menyusu, Berpantang Shaklee dari Pengedar Shaklee di Seri Kembangan, Bangi dan Kajang | Page 8

posted by on INFO, Krisis Pemulihan

No comments

healing crisis

Pernah atau tidak, anda semua mengambil sesuatu ubat, vitamin atau makanan tambahan (supplement), ataupun menukar produk penjagaan muka dengan tujuan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada sebelumnya, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Tiba-tiba muka anda dipenuhi jerawat, selsema, sakit kepala, dan sebagainya?

Inilah yang disebut sebagai krisis pemulihan ataupun healing crisis. Sebetulnya, kita perlu memahami dahulu, apakah itu krisis pemulihan. || Read more

Apakah perbezaan di antara krisis pemulihan (healing crisis) dengan tindak balas (reaction) ubatan atau vitamin?

Ini adalah perkara yang agak sukar untuk di kenalpasti apabila kita baru mencuba ataupun menukar diet, supplemen dan rawatan. Jadi apa yang kita boleh buat ialah mengenal pasti adakah ‘cara’ yang digunakan itu diketahui sebagai penyebab penyahtoksin? Jika betul, ianya ialah krisis pemulihan . Tindak balas (reaction) pula biasanya disebabkan oleh (salah satu sebab) allergi makanan, makanan yang sukar di hadam yang di ambil dengan cepat/segera ataupun kerana produk sintetik.

Krisis pemulihan terjadi sebagai tanda bahawa badan kita mengalami bebanan dan tekanan dengan perubahan yang berlaku ketika dalam proses pemulihan. Ia berlaku apabila badan kita secara tiba-tiba mengenal pasti dan menyahkan toksin-toksin yang selama ini berada di dalam tubuh. Dalam erti kata lain, krisis pemulihan juga boleh dikatakan sebagai proses dimana tubuh kita melakukan ‘pembersihan secara besar-besaran’. Ia melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan,seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula. Secara ringkas, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imun) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah dengan lebih cepat berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin ini dari dalam badan dengan sendirinya.

Mengapa Healing Crisis Terjadi Setelah Mengambil Vitamin/Supplement?

Apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

krisis pemulihan

Terdapat tiga fasa yang berlaku ketika tubuh kita cuba untuk memulihkan dirinya (membaik pulih)iaitu :

  1. Nyahtoksin (detox)
  2. Membaiki (repair)
  3. Membina (generate)

Sisa kumuhan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kumpulan utama:

(1) Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel/ tisu badan.

(2) Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin/ krisi pemulihan.

Proses nyahtoksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama:

(1) Menghapuskan sisa buangan dan toksin.
(2) Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya.

Di antara tanda-tanda krisis healing crisis:

  1. Sakit kepala
  2. Letih lesu
  3. Sakit otot
  4. Rasa gelisah
  5. Perubahan emosi
  6. Gatal dan alahan kulit
  7. Cirit-birit
  8. Kekejangan
  9. Loya
  10. Demam/ Seakan-akan selesema (flu)
  11. Jerawat di muka dan badan
  12. Tekanan darah rendah

Tanda-tanda krisis pemulihan yang di alami oleh setiap orang adalah berbeza-beza. Sesetengah orang mengalami krisis pemulihan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.  Jika anda mengalami salah satu diantara tanda-tanda tersebut, jangan cemas. Ia tidak bermakna kesihatan atau keadaan anda bertambah buruk, tetapi ia adalah tanda bahawa tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk membaik pulih keadaannya.

Krisis pemulihan penting dalam memberi maklum balas keadaan tubuh.

Kita dapat mengenal pasti petanda yang baik melalui krisis pemulihan, ia juga adalah petanda yang amat membantu! Dengan krisis pemulihan kita dapat mengetahui bahawa ada sesuatu yang tidak betul di dalam badan anda, dan ia sedang dibaik pulih. Jika tiada apa-apa yang berlaku, anda tidak akan tahu bahawa vitamin, supplement atau pun ubat yang di ambil itu ‘bekerja’ atau tidak.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, terdapat dua petanda iaitu mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan. Healing crisis boleh terjadi

Menangani Krisis Pemulihan.

(1)  Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari.

Tips: 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda!

(2) Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas.

(3) Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu – bergantung kepada tubuh individu. Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal!

Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi!

(4) Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

  • Anda tidak mengambil dengan konsisten
  • Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
  • Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
  • Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
  • Penyakit kronik – memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
  • Keadaan tubuh yang kronik

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Puncanya.

Tanda Krisis Penyembuhan Kemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantuk Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktif Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar Mungkin buasir
Pening, lapar Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak) Masalah buah pinggang

 

 PERINGATAN:Sekiranya anda mengalami krisi pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada/ tekak, bengkak/ benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan.

 

posted by on Set Berpantang Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Shaklee

3 comments

set bersalin shaklee

Keadaan Ibu Selepas Melahirkan

Proses melahirkan bayi adalah satu perasaan yang menakjubkan. Setiap ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza, mungkin ada yang merasa segar dan girang – amat berpuas hati secara fizikal, mental dan emosi. Atau mungkin ada juga yang terasa lebam-lebam dan cedera, bingung dan tersangat letih, kecewa dan mungkin murung. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh  koyakan atau potongan (episiotomi), oleh itu respon ibu-ibu yang melahirkan adalah berlainan sama sekali bergantung kepada setiap individu.

Namun, walaup apapun yang anda rasai, anda perlu ingat bahawa anda sedang berada di satu fasa, iaitu fasa pemulihan, pemulihan daripada pergolakan fizikal yang agak drastik terutama sekali jika anda melahirkan melalui pembedahan caesarean.

Jadi, berlembutlah terhadap diri dan badan sendiri. Anda memerlukan masa yang banyak untuk berehat dan mengumpul kembali tenaga yang hilang.

|| Read more

Perubahan-perubahan yang berlaku selepas melahirkan.

Selama beberapa bulan badan anda telah menampung dan membesarkan bayi didalam kandungan, perubahan-perubahan hormon yang berlaku untuk menyokong bayi semasa didalam kandungan akan kembali seperti normal. Ini akan memberi kejutan terhadap badan anda kerana perubahan yang drastik itu. Jika ibu-ibu yang hamil memerlukan nutrisi yang lengkap dalam pemakanan untuk memastikan kandungan dan diri mereka berada dalam keadaan yang baik dan sihat, begitu juga dengan ibu-ibu yang telah melahirkan. Disini lah pentingnya ibu-ibu yang melahirkan mendapatkan rehat yang secukupnya dalam tempoh berpantang.

Uterus (rahim) akan mengecil dengan pantas dan mengecut kembali kepada saiz dan kedudukan normal. Ibu-ibu yang menyusukan seringkali akan dapat merasakan pengecutan rahim terutama sekali ketika menyusukan bayi anda. Pengecutan rahim membuatkan ibu-ibu akan merasa seakan kontraksi kelahiran ketika ianya berlaku. Ini adalah kerana hormon oksitosin yang menggalakkan pengecutan uterus merembes keluar apabila anda menyusukan bayi.

Vagina anda akan mendapat kembali kepada asal. Begitu juga dengan lantai pelvis anda, walaupun sudah melonggar, akan kembali ke posisi hampir sama posisi asal. Anda boleh mempercepatkan proses ini dengan membuat senaman lantai pelvis secara teratur secepat mungkin selepas melahirkan.

Jika anda merasa lebam dan letih, jangan bimbang, anda akan pulih. Kegeseran dan kekoyakan kecil kepada leher rahim, vagina dan perineum (tempat antara pembukaan vagina dan anus) selalunya memulih dengan cepat. Episiotomi mungkin akan mengambil masa yang agak lambat, jahitan akan mengambil masa selama beberapa hari hingga beberapa minggu, bergantung kepada individu itu sendiri.

Pengurangan Berat Badan

Ramai wanita kecewa apabila mendapati yang badan mereka tidak kembali kepada bentuk asal dengan segera selepas melahirkan. Malangnya, perkara ini bukanlah semudah itu. Badan anda baru saja melalui proses major iaitu kehamilan dan kelahiran, dan sudah tentu mengambil sedikit masa untuk kembali pulih. Lemak yang berlebihan pula mungkin tidak hilang kerana ia berfungsi sebagai simpanan tenaga untuk penyusuan.

Perkara ini mungkin agak merisaukan setengah wanita, tetapi jangan lupa, badan anda mengambil masa selama sembilan bulan untuk anda jadi begini, jadi adalah wajar anda membenarkan badan anda mengambil masa yang sama untuk mendapatkan bentuknya kembali. Dengan pemakanan yang baik dan senaman yang konsisten mampu membantu anda menghilangkan berat badan.

Doktor Pakar Dr. Hamid Arshat Menyarankan Pengambilan Supplement dan Vitamin di Teruskan Sehingga Selepas Bersalin dan Seterusnya Sehingga Akhir Hayat Seseorang Wanita

 

Testimoni Set Bersalin

Jika anda mencari testimoni dan kebaikkan Set Bersalin Shaklee, anda boleh teruskan untuk membaca artikel ini kerana kami akan menerangkan tentang kebaikkan dan khasiat Set Bersalin Shaklee ini.

 

Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Tentang Set Bersalin Shaklee

Untuk tidak membuang masa anda, kami akan kongsikan perkara penting yang perlu anda tahu tentang Set Bersalin Shaklee.

1. Adakah Set Bersalin Shaklee selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu?

–> Ya, Set Bersalin Shaklee ini amat selamat untuk dimakan malah salah satu produknya sangat dapat membantu untuk menurunkan ‘joundice’ yang dihadapi oleh bayi.

2. Adakah set ini sesuai untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan?

–> Ya, set ini amat selamat dan sesuai untuk dimakan oleh ibu yang melahirkan secara pembedahan mahupun secara normal. Anda boleh melihat vlog testimoni di atas oleh ibu yang melahirkan secara pembedahan (Maklumat eksklusif pengambilan vitamin akan disertakan dengan barang semasa penghantaran)

3. Bilakah saya boleh mula mengambil Set Bersalin Shaklee?

–> Anda boleh mengambil Set Bersalin Shaklee sejurus selepas bersalin, ia akan membantu anda untuk mengembalikan tenaga dan membantu menggalakkan pengeluaran susu (Maklumat eksklusif pengambilan vitamin akan disertakan dengan barang semasa penghantaran)

4. Perlukah saya mengambil set jamu atau herba berpantang yang lain?

–> Tidak perlu kerana Set Bersalin Shaklee ini amat lengkap dan memenuhi semua keperluan ibu berpantang secara 100%, memulihkan luka bersalin, memperbanyakkan susu serta untuk mengembalikan bentuk badan.

5. Berapakah harga Set Bersalin Shaklee?

–> Harga Set Bersalin Shaklee ini adalah amat berbaloi kerana penggunaannya adalah sehingga 4bulan.

Untuk mendapatkan harga yang berbaloi-baloi dan penjimatan hebat ini anda boleh menghubungi Pretty Blossom di FB ataupun di talian (SMS) 019-3188981 (Whatsapp) 013-2826262

  • Set Asas RM275 (RM69 sebulan)
  • Set Extra RM 475 (RM119 sebulan)
  • Set Premium RM590 (RM150 sebulan)

6. Saya nak membeli pada harga ahli, boleh tak?

–> Sangat boleh, anda boleh dapatkan harga ahli di sini.

Set Bersalin Shaklee Membantu Memulihkan Ibu Dalam Pantang.

Selalunya terdapat masalah untuk ibu-ibu yang baru melahirkan, terutama sekali yang menyusukan anak mereka secara eksklusif untuk mengambil set-set berpantang, kerana dikhuatiri set berpantang yang diambil terlalu panas dan tidak sesuai.

Tetapi dengan adanya set bersalin Shaklee, keadaan itu akan dapat dielakkan. Ini kerana set bersalin Shaklee dirumus istimewa sesuai buat ibu-ibu yang baru melahirkan dan merangkumi semua keperluan tradisional seperti zaman dahulu. Set bersalin Shaklee memberikan kesan yang sama tanpa perlu mengambil air dan ubat-ubatan yang pahit dan tidak menyelerakan.

Fungsi-fungsi dalam supplement dalam set bersalin Shaklee :

  • Memulihkan keadaan dalaman badan
  • Mengawal emosi ibu yang melahirkan
  • Memanaskan badan
  • Mengelakkan sembelit
  • Membuang toksin didalam badan
  • Menyembuhkan luka
  • Membanyakkan susu

 

1. Set Bersalin Shaklee – Basic

Set Bersalin - Basic

Terdiri daripada :

Vita-Lea

  • Merupakan multi-vitamin yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mengandungi iron untuk menambah darah yang hilang ketika melahirkan
  • Memberi stamina dan tenaga kepada ibu yang baru melahirkan

Vita-C

  • Memulihkan luka dalaman dan luaran
  • Memelihara sistem kalenjar ibu
  • Menaikkan antibodi semulajadi tubuh

B-Complex

  • Menjaga kesihatan saraf
  • Membantu mengelakkan tekanan (stress/meroyan)
  • Menukarkan makanan kepada tenaga (mengelakkan kegemukan)

Zinc Complex

  • Bagus untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran (khasiatnya seperti ikan haruan-kaya dengan zinc)
  • Membantu meningkatkan metabolisma B-Complex
  • Mengelakkan rambut gugur

*Penggunaan sehingga 2-3bulan

 

2. Set Bersalin Shaklee – Extra (Penyusuan)

Set Bersalin -Extra

Terdiri daripada :

Set Bersalin shaklee -Basic dengan tambahan OsteMatrix dan ESP (Energizing Soy Protein)

OsteMatrix

  • Membekalkan kalsium kepada ibu dan bayi
  • Melegakan saraf dan otot ibu serta mengelakkan tekanan (bersama B-Complex)
  • Mengelakkan kerosakan gigi dan tulang rapuh

ESP – Energizing Soy Protein

  • Membekalkan sumber protein dan menghasilkan hormon didalam badan
  • Merupakan kompenan utama didalam susu ibu (protein)
  • Membantu penyembuhan luka dengan pantas dan menyeluruh

*Soya yang digunakan dalam produk Shaklee ialah Non-GMO soya yang tidak merbahayakan kesihatan.

*Penggunaan sehingga 2-3bulan

 

3. Set Bersalin Shaklee – Premium (Menyusukan dan Menguruskan Badan)

set bersalin premium

 

Terdiri daripada :

Set Bersalin shaklee -Extra dengan tambahan Lecithin dan Alfalfa

Lecithin

  • Mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia
  • Mengandungi choline untuk kecerdasan akal
  • Lecithin berfungsi sebagai pemecah molekul asid dan berlemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk di emulsi.

*Ibu yang mengambil Lecithin semasa menyusukan akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk perkembangan otak bayi yang disusukan

Alfalfa

  • Kaya dengan serat, protein, asid amino, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia
  • Memerangkap lemak yang dicairkan oleh Lecithin dan membawanya keluar dari badan
  • Merupakan galactagogue iaitu herba yang boleh memperbanyakkan susu ibu.

*Penggunaan sehingga 2-3bulan

 

Set bersalin Shaklee terbukti selamat tanpa memberikan kesan sampingan kepada ibu dan bayi, serta ia juga amat bermanfaat dalam pertumbuhan otak dan fizikal bayi, bayi berada dalam keadaan sihat InsyaAllah serta ia juga membantu membina antibodi.

Dengan set bersalin Shaklee ibu-ibu yang melahirkan juga akan mendapat menfaat kesihatan, dapat memberikan penyusuan secara eksklusif kepada bayi dengan lancar serta dapat menguruskan badan dengan langsing dan sihat.

Tetapi perlu di ingat, konsep utama untuk mendapatkan bekalan susu yang berterusan adalah melalu konsep ‘demand vs supply‘. Lebih kerap anda menyusukan bayi anda, lebih kerap anda membuat ‘pumping‘, lebih banyak signal yang akan dihantar oleh otak supaya tubuh menghasilkan susu untuk memenuhi permintaan ataupun demand.

 

Apa kata mereka yang berpuas hati dengan set bersalin/berpantang Shaklee :

set mengandung shaklee

testimoni set bersalin shaklee 8 testimoni set bersalin shaklee 7 testimoni set bersalin shaklee 6 testimoni set bersalin shaklee 5 testimoni set bersalin shaklee 4 testimoni set bersalin shaklee 1 testimoni set bersalin shaklee 3

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi berkenaan set bersalin Shaklee yang sesuai dengan anda.

Butlah pilihan dengan bijak 🙂

Contact Us

posted by on INFO, Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil, Shaklee

1 comment

set kehamilan

Nutrisi penting bagi ibu hamil. Ibu hamil amat memerlukan diet yang lengkap untuk memastikan tahap kesihatan kandungan dan diri mereka berada di dalam keadaan yang paling optimum.Pengambilan makanan yang sihat dan diet yang pelbagai sangat membantu ibu hamil untuk mendapatkan semua nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh.

piramid makanan

Cara yang terbaik untuk mendapatkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan adalah melalui makanan seharian yang diambil, tetapi, apabila seseorang wanita hamil, mereka perlu mengambil supplement ataupun vitamin tambahan untuk memastikan tubuh mereka mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Di sinilah bagaimana set hamil Shaklee dapat membantu para ibu untuk mendapatkan semua khasiat yang diperlukan ketika melalui fasa kehamilan. Bukan itu sahaja, set mengandung Shaklee ini juga boleh berfungsi sebagai set berpantang Shaklee. Fungsi-fungsinya saya akan kongsikan di artikel yang seterusnya nanti.

|| Read more

Mengapakah nutrisi penting untuk ibu hamil? Mari kita lihat cadangan pengambilan vitamin dan kepentingannya kepada ibu hamil serta bayi di dalam kandungan.

Cadangan pengambilan vitamin ataupun supplement untuk ibu hamil :

  • Acid Folic setiap hari dan perlu diambil 3bulan sebelum hamil sehingga usia kandungan berusia 12minggu.
  • Vitamin D setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan sepanjang proses menyusu

Asid Folic.

Acid Folic amat penting untuk kehamilan kerana ia akan menghalang ataupun mengurangkan risiko ‘birth defect’ ataupun dikenali juga sebagai ‘neural tube defect’ seperti spina bifida. Ia perlu diambil setiap hari semasa anda ‘cuba’ untuk hamil sehingga kehamilan berusia 12 minggu. Jika asid folic tidak diambil sebelum kehamilan, anda harus mula mengambil asid folic secepat yang mungkin sebaik sahaja mengetahui mengenai kehamilan anda.

Anda juga perlu memakan makanan yang mengandungi ‘folate’ (bentuk semulajadi asid folic) seperti sayur-sayuran hijau dan beras perang. Sesetengah ibu hamil mempunyai risiko untuk mendapat ‘neural tube defect’, mereka yang tergolong dalam golongan yang berisiko ialah :

  • Ibu hamil ataupun pasangan mengalami ‘neural tube defect’
  • Pernah mendapat ‘neural tube defect’ pada kandungan yang lepas
  • Ibu hamil ataupun pasangan mempunyai sejarah keluarga yg mengalami ‘neural tube defect’
  • Menghidap kencing manis

 Vitamin D.

Vitamin D mengawal jumlah kalsium dan fosfat dalam badan yang diperlukan untuk menjaga tulang dan gigi yang sihat.Anda perlu mengambil vitamin D semasa kehamilan anda untuk memastikan bayi anda mendapat cukup vitamin D untuk beberapa bulan pertama hayatnya. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan tulang kanak-kanak menjadi lembut dan boleh membawa kepada penyakit rikets (penyakit yang menjejaskan perkembangan tulang pada kanak-kanak).Vitamin D boleh didapati secara semulajadi dalam ikan seperti salmon, mackerel (sardin), telur dan daging. Sumber terbaik vitamin D ialah daripada cahaya matahari. Jika anda mempunyai kulit yang gelap atau sentiasa melindungi kulit anda, anda mungkin mempunyai risiko tertentu kekurangan vitamin D.

Zat Besi

Antara tanda-tanda kekurangan zat besi ialah anda mungkin akan menjadi sangat letih dan mungkin mengalami anemia. Sumber semulajadi yang mengandungi zat besi adalah seperti daging, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering, dan kekacang.

Vitamin C

Vitamin C berfungsi untuk melindungi dan membantu memastikan sel-sel didalam tubuh kita berada dalam keadaan yang sihat. Diet yang seimbang yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk brokoli, buah-buahan sitrus, tomato, lada loceng, dan anggur, boleh menyediakan semua vitamin C yang diperlukan oleh tubuh.

Kalsium

sumber kalsium semulajdi

Kalsium adalah penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi anda. Produk tenusu dan ikan dengan tulang yang boleh dimakan seperti sardin amat kaya dengan kalsium. Bijirin sarapan, buah-buahan kering seperti pokok ara dan apricot, roti, badam, tauhu dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti selada air dan brokoli  merupakan sebahagian daripada sumber-sumber kalsium yang baik.

Setelah mengetahui mengapa nutrisi penting untuk ibu hamil, dapatkah anda memastikan bahawa anda mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya melalui pengambilan makanan seharian?

Untuk memastikan anda mendapat keperluan nutrisi yang secukupnya, saya boleh membantu anda untuk mendapatkannya. Boleh hubungi saya pada bila2 masa untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

posted by on Inspiration

No comments

INSPIRE

If we wait for some other person, or some other time.

We are the one that we have been waiting for.

We are the change that we seek.

-Barack Obama-

 

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1