Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik Si Manja Anda
Trend penyusuan susu ibu telah kembali menjadi fenomena pada masa kini. Kebanyakan ibu-ibu muda dan berkerjaya telah kembali memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Kebaikan susu ibu tidak terhad kepada bayi semata-mata, tetapi ia juga memberi kebaikan kepada para ibu.
Ibu-ibu disarankan memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula dan tanpa air masak kepada bayi.
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, selain mengandungi semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan, susu ibu penuh dengan bahan-bahan melawan penyakit yang dapat melindungi bayi. Berikut adalah beberapa manfaat penting penyusuan buat bayi dan ibu :
Kebaikan susu ibu kepada bayi :
- Penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi dari penyakit.
- Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada alahan.
- Penyusuan susu ibu boleh meningkatkan kecerdasan anak anda.
- Penyusuan susu ibu boleh melindungi anak anda daripada obesity.
- Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko bayi anda daripada mengalami SIDS.
Kebaikan susu ibu kepada ibu :
- Dengan menyusui bayi, badan akan merembeskan hormone oksitosin dimana hormon tersebut akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.
- Menyusui bayi juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari.
- Menyusui bayi juga dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
- Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Selain daripada faedah-faedah yang tersebut di atas, melalui penyusuan susu ibu juga boleh membantu anak-anak mengelakkan pelbagai penyakit-penyakit yang boleh beriso tinggi kencing manis (jenis 1 dan jenis 2) , kolesterol, dan penyakit keradangan usus.
Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada risiko untuk mendapat alahan.
Bayi yang diberi formula berasaskan susu lembu atau soya cenderung untuk mempunyai reaksi alahan lebih daripada bayi susu ibu.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu seperti ESP dan Alfalfa beserta beberapa produk yang lain.
Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan ataupun keterangan lanjut tentang produk pemyusuan susu ibu. Diharap dengan sedikit usaha yang kita lakukan ini, akan memberi 1001 manfaat buat si comel anda =)
4 comments
Trackback e pingback
-
Supplement Susu Ibu Adakah Mitos Semata-Mata? | Pretty BlossomPretty Blossom
[…] dalam artikel sebelum ini kami ada menerangkan serba sedikit tentang penyusuan susu ibu kepada bayi iaitu mengenai kebaikannya kepada… -
Sihat Dan Jimat Dengan Set Menyusu Shaklee | Pretty BlossomPretty Blossom
[…] perkara yang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu ibu. Ia banyak sekali mendatangkan faedah kepada anda dan bayi. Walaupun…
assalamualaikum..
baby sy berumur 3bln dan menyusu bf+ susu formula kerana sy berkerja.soalan sy adakah set mnyusu shaklee blh merawat masalah alergi anak sy yg agk teruk dibahagian muka.?
Wsalam Puan Zaleha,
Terima kasih kerana sudi untuk singgah ke blog saya 🙂
Pertama sekali, set menyusu shaklee bertujuan untuk membantu ibu2 kekal bertenaga, dan mengelakkan stress supaya penghasilan susu dapat di’produce’ seperyi yang sepatutnya. Set menyusu Shaklee juga tidak bertujuan untuk merawat dan men’diagnose’ apa2 penyakit.
Sebelum memberi apa2 komen, saya perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang allergy bayi puan.
Dan oleh sebab bayi puan baru berusia 3bulan (masih terlalu kecil lagi), adalah sebaiknya, puan perlu untuk mengawal pemakanan puan, ini adalah kerana bayi puan akan mendapat khasiat daripada pemakanan puan yang disalurkan melalui susu ibu.
Untuk perbincangan selanjutnya tentang allergy bayi puan, sila hubungi saya (whatsapp/telegram) di nombor ini : 013 282 6262,
sms : 019 318 8981. saya akan cuba untuk menjawap pertanyaan puan secepat yang mungkin.
terima kasih.