+ Google Set Kurus Shaklee Archives | Pengedar ShakleePengedar Shaklee

Posts Tagged ‘Set Kurus Shaklee’

posted by on Set Kurus Shaklee, Shaklee

3 comments

bentuk badan idaman

 

Dalam entri Set Kurus Shaklee yang terdahulu, saya telah menerangkan bagaimana konsep BAKAR + BUANG + BINA berfungi. Sekarang mari kita lihat set ataupun pakej untuk set kurus Shaklee.

1. Set Kurus Shaklee – Basic

2. Set Kurus Shaklee – Extra

3. Set Kurus Shaklee – Premium

——————————————————————————————

Set Kurus Shaklee – Basic

 

 

set kurus shaklee

 

Set kurus Shaklee – Basic ini adalah set ‘budget’ yang terdiri daripada :

Lecithin ataupun Omega Guard (salah satu) sebagai agen pembakar dan

Alfalfa Complex ataupun Herb-Lax (salah satu) sebagai agen pembuang/pembersih. || Read more

——————————————————————————————

 

Set Kurus Shaklee – Extra

 

set kurus shaklee

 

Set kurus Shaklee – Extra terdiri daripada set kurus – basic dengan tambahanVitalea dan ESP (Energizing Soy Protein) atau pun Cinch Shake Mix.

VitaLea adalah multi-vitamin  tertua di dunia dengan 30 nutrisi harian lengkap. Kebaikan utama Vita-Lea ialah :

  • Penambah tenaga
  • Pelengkap nutrisi
  • Keupayaan sistem produktif
  • Metabolisma
  • Melindungi organ
  • Dan banyak lagi, akan dihuraikan didalam entri yang seterusnya.

ESP (Energizing Soy Protein) diperbuat daripada Non-GMO based soy yang tidak merbahayakan kesihatan. ESP ini disarankan untuk ibu-ibu yang menyusukan. Terdapat banyak kelebihan ESP Shaklee terutama sekali kepada ibu-ibu yang menyusukan dan dalam masa yang sama ingin menurunkan berat badan. Kebaikan ESP :

  • Awet muda
  • Mengawal berat badan
  • Baik dalam pemulihan uterus, ovari
  • Baik untuk hormon
  • Pembekal tenaga
  • Mencantikkan kulit
  • Soya bukan GMO

Cinch Shake Mix pula disarankan kepada sesiapa sahaja (kecuali ibu-ibu yang menyusukan – tidak ada kesan buruk jika diambil oleh ibu yang menyusukan, cuma sesiapa yang sedang menyusukan anak memerlukan sumber kalori yang lebih tinggi iaitu ESP. Kebaikan cinch shake mix :

  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO

Mengapa protein penting?

Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badannya masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tetapi kerana dia kehilangan otot.
Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

——————————————————————————————

 

Set Kurus Shaklee – Premium

 

set kurus shaklee

 

 

Set kurus Shaklee – Premium pula adalah set pelangsingan badan lengkap yang boleh membantu anda mendapatkan bentuk badan idaman dengan lebih cepat. Set kurus basic umpamanya seperti kita melalui jalan kampung, set kurus extra seperti menggunakan highway, set kurus premium ini seperti kita menggunakan jalan udara 😉

Set kurus Shaklee – Premium terdiri daripada set kurus – extra dengan tambahan Cinch Energy Tea Mix dan B Complex.

Cinch Energy Tea Mix mempunyai banyak khasiat antaranya ialah :

  • Sebagai penggalak tenaga semulajadi
  • Mempunyai Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia. Antara kebaikan lain B Complex ialah :

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.

——————————————————————————————

Soalan : Adakah saya perlu mengambil kesemua produk ini?

Jawapan : Adalah digalakkan untuk mengambil kesemua produk sebab ia akan menghasilkan kesan yang optimum – iaitu Kurus dengan Sihat.

Jika anda hendak mencuba set ini tetapi kekurangan bajet, boleh mulakan dengan set basic dahulu dan selepas berat badan mula turun, bolehlah menambah produk untuk melengkapkan set yang ada.

Tiada jaminan pengambilan set ini akan berjaya membantu anda menguruskan berat badan jika pengambilan makanan adalah secara berlebihan.

Sedikit tips untuk menurunkan berat badan dengan effective :

1.       Minum 2-3Liter air setiap hari

2.       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian

3.       Kurangkan makanan yang berminyak

4.       Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari

5.       Banyakkan makan buah dan sayuran

 

SHAKLEE berbeza berbanding produk pelangsingan yang lain kerana ia :

1.       Memberikan nutrien yang mencukupi.

2.       Melindungi otot.

3.       Indeks glisemik yang rendah.

4.       Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.

5.       Mengandungi makro & mikro nutrien penting.

6.       Diuji secara klinikal.

 

Dapatkan set pilihan anda bersama kami. Segala rujukan dan pertanyaan tentang set dan harga, anda boleh hubungi kami untuk maklumat selanjutnya. Buatlah pilihan dengan bijak 🙂

 

posted by on Set Kurus Shaklee, Shaklee

No comments

slimming

 

Set kurus Shaklee amat bagus kerana ia membantu mengurangkan berat badan dengan 3 cara iaitu = 3B

  • BAKAR
  • BUANG
  • BINA

Set kurus Shaklee ini membantu menguruskan badan dengan selamat dan sihat secara semulajadi melalui tiga konsep tersebut. Penurunan semulajadi secara perlahan dan sihat, bukan secara drastik melalui kandungan yang merbahayakan kesihatan. Fungsi-fungsi yang tersebut di atas adalah seperti berikut : || Read more

BAKAR

BAKAR

Agen pemecah lemak dan kolestrol (emulsifier)
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran.

Omegaguard 

* Mencegah salur darah yang tersumbat
* Merendahkan tahap kolestrol
* Mengawal masalah obesiti
* Mencegah pembekuan darah
* Membantu mengecutkan otot yang bengkak
* Mengelakkan pembentukan lemak dan menggalakkan pembakaran lemak

Lecithin 
* Mencegah lemak dari melekat pada dinding membran
* Membantu proses metabolisme, kolestrol, trigycerides dan lemak darah.
* Memecahkan serta mencairkan lemak terutama kolestrol
* Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)
* Membantu mengawal paras triglycerides.
* Megurangkan lemak yang tersendat di pembuluh pembuluh darah
BUANG

Detox

Agen pembersih (DETOX)
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus bersih badan akan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Herb-lax dan Alfalfa sangat disarankan untuk fungsi detox. Alfalfa disarankan kepada sesiapa yang tidak mempunyai masalah sembelit, manakala Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.

Herb-lax tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

Herb-lax 
* Membantu masalah sembelit
* Menyingkirkan toksin dari usus
* Membantu pelawasan
* Membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.

Alfalfa
* Mencuci usus bagi membuang toksik
* Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
* Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak
* Mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat serap kolestrol
* Mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

 

BINA

set kurus

Membina otot dengan protein.
Protein sangat penting untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.

Untuk sumber protein terbaik, anda boleh memilih sama ada untuk mengambil Cinch Shake ataupun kepada ibu yang menyusukan anak disarankan agar mengambil ESP/ MealShake. ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.

Apakah pentingnya protein? Apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Protein sangat penting untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak serta memastikan badan tidak menggeleber.

ESP (Energizing Soy Protein)

Salah satu manfaat ESP ialah membantu menurunkan berat badan kerana ESP mempunyai Index Glisemik yang rendah. ESP Shaklee juga diperbuat daripada non-GMO soy protein yang tidak merbahayakan kesihatan.

Setiap makanan yang diambil akan ditukarkan kepada bentuk glukosa. Glukosa berfungsi membekalkan tenaga dan memberikan rasa kenyang. Tempoh tindakbalas pembebasan glukosa kedalm tubuh dikenali sebagai Glycemix Index (GI). Makanan yang membebaskan glukosa dengan lambat memiliki GI yang rendah manakala makanan yang membebaskan glukosa dengan kadar yang cepat mempunya GI yang tinggi.

Kesemua jenis karbohidrat membebaskan gula, namun, kadar pembebasan gula ini bergantung kepada jenis karbohidrat dan kandungan fiber di dalamnya. Segelas jus oren (GI Tinggi) contohnya membebaskan gula dengan lebih cepat berbanding semangkut oat (GI Rendah). Rendah atau tingginya GI dalam sesuatu makanan bergantung kepada perbagai faktor seperti berikut, namun tidak terhad kepada:

a) kuantiti makanan diambil
b) amaun dan jenis karbohidrat
c) cara makanan dimasak
d) suhu semasa makanan diproses dan lain2.

Pengambilan ESP dan set kurus Shaklee ini disarankan disertakan dengan pengambilan air kosong sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari beserta dengan pengambilan pemecah lemak dan detox untuk membuang lemak2 berlebihan.

Cinch Shake Mix

Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera (meal replacement). Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang dan mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak sambil memelihara otot.

Set kurus Shaklee merupakan nutrisi tambahan untuk kurus secara sihat dan berkesan tanpa menggantikan menu utama diet harian anda. Adalah disarankan agar pengambilan set kurus Shaklee ini disertakan dengan senaman kardio selama 20minit untuk membantu pengurusan berat badan dengan lebih cepat dan berkesan.

Tidak ada jaminan untuk set kurus Shaklee ini berjaya jika pengambilan makanan adalah secara berlebihan dan tidak terkawal.

Supplement Shaklee juga mempunyai banyak manfaat lain contohnya ESP Shaklee mempunyai lebih daripada 10 khasiat sampingan selain untuk menguruskan badan. ESP Shaklee ini juga berfungsi untuk mencantikkan kulit, mencegah migrain, anti penuaan, dan sebagainya.

Lecithin pula selain daripada mengurangkan lemak, ia juga berfungi untuk mengekalkan kandungan air dalam kulit, menggalakkan penyerapan vitamin dan sebagainya.

Pendek kata, dengan set kurus Shaklee, anda akan mendapat pelbagai manfaat sampingan yang sangat bagus untuk kesihatan.

Untuk melihat senarai lengkap set kurus, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, atau pun boleh juga membuat pesanan dengan mengisi borang pesanan.

Contact Us

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1