+ Google Shaklee Archives | Pengedar ShakleePengedar Shaklee

Posts Tagged ‘Shaklee’

posted by on Set Berpantang Shaklee, Set Bersalin Shaklee

No comments

Untuk entry kali ini kami bawakan Testimoni Set Berpantang Shaklee untuk berpantang selepas Pembedahan Cesarean dari sahabat kami iaitu Puan Sabariah dari Ipoh.

aya

Puan Sabariah mempunyai pengalaman bersalin secara ceaserean sebanyak tiga kali daripada anak pertama sehinggalah anak ketiga beliau.

Berbanding dengan kelahiran kali pertama dan kedua, kelahiran anak yang ketiga ini amat berlainan sekali pengalaman beliau semasa berpantang, kerana pada kali ini beliau telah mengambil alternatif untuk menggunakan produk Shaklee iaitu untuk set bersalin shaklee untuk berpantang selepas pembedahan.

Antara masalah yang dihadapi oleh Puan Sabariah semasa kelahiran pertama dan kedua, sebelum menggunakan  set bersalin shaklee untuk berpantang selepas pembedahan adalah seperti berikut :

Setelah mengalami komplikasi tumpah darah, anak beliau dibenarkan pulang terlebih dahulu manakala Puan Sabariah masih ditahan di wad. Keadaan ini menyebabkan beliau mengalami

  • kesedihan kerana tidak dapat menyusukan bayi nya
  • gangguan emosi kerana kesakitan dan luka yang lambat pulih
  • luka yang semakin teruk semasa kelahiran kedua
  • tempat pembedahan berair dan terbuka
  • badan sangat letih dan luka lebih lambat sembuh berbanding kelahiran pertama

Ketika ini beliau mengamalkan pengambilan Set Bersalin Jamu dan Pati Ikan Haruan.

Serik dengan pengalaman luka lambat pulih semasa anak pertama dan anak kedua, beliau berhasrat mencuba Set Bersalin Shaklee untuk berpantang selepas pembedahan semasa kelahiran anak ketiga setelah diperkenalkan oleh seorang rakan. SubhanALLAH kesannya amat menakjubkan!!

set bersalin shaklee untuk pembedahan

Secara ringkasnya Puan Sabariah merasai Kebaikan berikut setelah mengambil Set Bersalin Shaklee

  • Luka pembedahan kering dengan cepat
  • Keseluruhan pemulihan lepas bersalin sangat cepat.
  • Susu banyak dan pekat
  • Badan tidak letih, kepala tidak pening dan mood tenteram ( tidak stress )
  • Bertenaga walau tak cukup rehat
  • Tahap kecergasan yang amat tinggi

[vsw id=”34-BYGyvhas” source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]

Begitulah serba sedikit perkongsian Testimoni Set Bersalin Shaklee dari puan Sabariah yang amat berpuas hati dengan Keberkesanan dan Kebaikan set bersalin shaklee untuk berpantang selepas pembedahan.

Kami amat berbesar hati dengan beliau yang sudi berkongsikan pengalaman beliau bersama Shaklee. Dan amat gembira apabila melihat customer kami sembuh dan pulih dengan ikhtiar Shaklee, Alhamdulillah.

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami ini. Klik link ini sekiranya anda mahu mendapatkan maklumat lanjut berkenaan SET BERSALIN SHAKLEE

Untuk sebarang pertanyaan ataupun perkongsian, anda juga boleh menghubungi kami seperti yang tertera di bawah 🙂

Terima kasih dan jumpa lagi dalam entry akan datang.

posted by on INFO, Shaklee

No comments

 

Seringkali terdapat keraguan tentang Shaklee halal atau haram, baik dari segi produk mahupun sistem perniagaan yang dijalankan.

Shaklee dikaitkan dengan ‘pernyataan’ bahawa ianya tidak patuh syarak kerana ia adalah perniagaan yang berteraskan sistem MLM (Multi Level Marketing).

MLM pula selalunya dikaitkan dengan sistem piramid. 

Tetapi apa yang pembaca perlu tahu, untuk disenaraikan sebagai sistem perniagaan PATUH SYARAK, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi.

Mari kita lihat syarat-syarat bagaimana perniagaan MLM ini boleh diklasifikasikan sebagai perniagaan patuh syarak.

HALAL HARAM

Sumber : wafiqulya.blogspot.com

–> Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah)

|| Read more

Mari Fahami.

SISTEM MLM HARAM?

Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak.

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. 

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. 

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. 

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. 

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.

Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan.

Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.

Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?

Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan.

Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam.

Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.

Dari segi produk pula, Shaklee mendapat sijil HALAL daripada Islamic Services of America, USA yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM.

sijil-halal-shaklee

ISA

 

Untuk penerangan lebih lanjut anda juga boleh merujuk kepada web Ustaz Zahruddin untuk kriteria perniagaan patuh syarak.

Berminat untuk daftar ahli? Anda dialu-alukan untuk mendaftar dengan kami, pengedar Shaklee terbaik, pakar set mengandung.

posted by on INFO, Susu Ibu

1 comment

 

Di dalam artikel sebelum ini kami ada menerangkan serba sedikit tentang penyusuan susu ibu kepada bayi iaitu mengenai kebaikannya kepada ibu dan bayi, dan tidak lupa juga dari segi tuntutan agama.

 

Sedikit ringkasan daripada artikel yang lepas :

1. Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang serta mencegah kanser pada bayi.

2. Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

3. Membantu menjarakkan kehamilan seterusnya.

4. Membantu pengecutan rahim selepas bersalin.

5. Membantu ibu mengekalkan bentuk badan seperti sebelum bersalin.

6. Membantu keluarga dari segi penjimatan kewangan.

penyusuan susu ibu

Mengikut saranan bayi perlu disusukan dengan susu ibu (exclusive breastfeeding tanpa apa-apa makanan dan minuman walaupun air kosong) sekurang-kurangnya selama 6 bulan, serta digalakkan untuk meneruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun.

|| Read more

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu yang kelihatan amat mudah untuk dilakukan,tetapi hakikatnya tidak. Jadi, untuk menjayakan penyusuan susu bayi anda hendaklah bersedia secara mental dan fizikal dan mengumpul maklumat serta ilmu.

 

Bersedia Untuk Menyusui Bayi.

  • Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Cara-cara paling biasa dan efektif:
  • Berbincang dengan ibu menyusu yang lain
  • Baca buku untuk biasakan diri serta menambah pengetahuan
  • Hubungi organisasi sokongan penyusuan badan di tempat anda.
  • Cuba sertai kelas penyusuan atau sesi persediaan penyusuan badan (dianjurkan oleh banyak hospital sebagai sebahagian daripada kursus pranatal mereka) menjelang penghujung kehamilan anda.

Semakin banyak yang anda tahu tentang cara-cara dan faedah menyusu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya.

 

Konsep utama di dalam penyusuan susu ibu ialah

DEMAND vs SUPPLY

 

Jika anda tidak menyusu bayi dengan kerap, dan tidak mengosongkan breast dengan kerap (iaitu bila breast terasa penuh dan dibiar penuh sampai bengkak tanpa menyusu bayi atau perah), susu akan menjadi kurang.

 

Kerana konsep penyusuan tidak betul di situ. Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, mesti ingat konsep ini :

Empty Breast = More Milk Production

Full Breast = Less Milk Production

 

Jadi kenapa perlukan supplement bila konsep utama ialah supply vs demand?

 

Supplement set menyusu shaklee dalam konteks penyusuan susu ibu bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya,

 

tetapi ialah untuk meningkatkah tahap kesihatan ibu.

Sekiranya ibu seorang yang

1.       asyik penat keletihan,

2.       sering tertekan dan stress,

3.       sering naik angin,

4.       sering takde mood,

5.       nak masak pun tak larat,

6.       nak buat kerja rumah pun rasa letih

 

penat

Ibu-ibu akan kehilangan tenaga dan ‘lead to stress’ apabila penat dengan urusan anak-anak, rumanhtangga, kerja dan sebagainya.

Semasa kita melalui fasa kehamilan selama 9 bulan dan fasa berpantang selama 2-3 bulan juga tubuh kita memerlukan makanan berkhasiat dan supplement supaya kesihatan kita kekal di tahap optimum.

Apatah lagi fasa penyusuan bayi selama 2 tahun?

Penyusuan susu ibu adalah berkait dengan faktor hormon.

Hormon-hormon yang terlibat dalam proses penyusuan iaitu hormon prolactine dan hormon oxytocin sangat berkait rapat dengan keadaan ibu, terutamanya oxytocin yang dikenali sebagai hormon gembira.

Jadi sekiranya ibu sering bermasalah seperti masalah-masalah di atas, tentu sekali akan mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya mengganggu juga proses penyusuan.

Disebabkan itulah ada ibu-ibu yang memerlukan bantuan supplement vitamin ibu menyusu untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Kerana manfaat vitamin ibu menyusu amat banyak membantu dalam memberi tenaga, kesihatan dan ketenangan pada ibu menyusu.

 

Atas factor-faktor inilah ibu-ibu yang menyusukan amat memerlukan supplement di dalam fasa penyusuan mereka. Malah pakar sakit puan turut mencadangkan supplement ini di ambil daripada peringkat kehamilan, kelahiran dan seterusnya untuk sepannjang hayat wanita.

Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang penyusuan susu ibu.

Kami sedia membantu dengan penerangan dan konsultation khas untuk anda.

posted by on INFO, Shaklee - Alfalfa, Shaklee - ESP

No comments

 

Trend penyusuan susu ibu telah kembali menjadi fenomena pada masa kini. Kebanyakan ibu-ibu muda dan berkerjaya telah kembali memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Kebaikan susu ibu tidak terhad kepada bayi semata-mata, tetapi ia juga memberi kebaikan kepada para ibu.

susu ibu

Ibu-ibu  disarankan memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula dan tanpa  air masak kepada bayi.

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, selain mengandungi semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan, susu ibu penuh dengan bahan-bahan melawan penyakit yang dapat melindungi bayi. Berikut adalah beberapa manfaat penting penyusuan buat bayi dan ibu :

Bayi susu ibu

|| Read more

Kebaikan susu ibu kepada bayi :

  • Penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi dari penyakit.
  • Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada alahan.
  • Penyusuan susu ibu boleh meningkatkan kecerdasan anak anda.
  • Penyusuan susu ibu boleh melindungi anak anda daripada obesity.
  • Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko bayi anda daripada mengalami SIDS.

 

Kebaikan susu ibu kepada ibu :

  • Dengan menyusui bayi, badan akan merembeskan hormone oksitosin dimana hormon tersebut akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.
  • Menyusui bayi juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari.
  • Menyusui bayi juga dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

 

Selain daripada faedah-faedah yang tersebut di atas, melalui penyusuan susu ibu juga boleh membantu anak-anak mengelakkan pelbagai penyakit-penyakit yang boleh beriso tinggi kencing manis (jenis 1 dan jenis 2) , kolesterol, dan penyakit keradangan usus.

Penyusuan susu ibu boleh melindungi bayi anda daripada risiko untuk mendapat alahan.

Bayi yang diberi formula berasaskan susu lembu atau soya cenderung untuk mempunyai reaksi alahan lebih daripada bayi susu ibu.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

 

 “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

 

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

 

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

 

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.

Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu seperti ESP dan Alfalfa beserta beberapa produk yang lain.

Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan ataupun keterangan lanjut tentang produk pemyusuan susu ibu. Diharap dengan sedikit usaha yang kita lakukan ini, akan memberi 1001 manfaat buat si comel anda =)

hubungi kami

 

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1