+ Google susu ibu Archives | Pengedar ShakleePengedar Shaklee

Posts Tagged ‘susu ibu’

posted by on INFO, Susu Ibu

1 comment

 

Di dalam artikel sebelum ini kami ada menerangkan serba sedikit tentang penyusuan susu ibu kepada bayi iaitu mengenai kebaikannya kepada ibu dan bayi, dan tidak lupa juga dari segi tuntutan agama.

 

Sedikit ringkasan daripada artikel yang lepas :

1. Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang serta mencegah kanser pada bayi.

2. Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

3. Membantu menjarakkan kehamilan seterusnya.

4. Membantu pengecutan rahim selepas bersalin.

5. Membantu ibu mengekalkan bentuk badan seperti sebelum bersalin.

6. Membantu keluarga dari segi penjimatan kewangan.

penyusuan susu ibu

Mengikut saranan bayi perlu disusukan dengan susu ibu (exclusive breastfeeding tanpa apa-apa makanan dan minuman walaupun air kosong) sekurang-kurangnya selama 6 bulan, serta digalakkan untuk meneruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun.

|| Read more

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu yang kelihatan amat mudah untuk dilakukan,tetapi hakikatnya tidak. Jadi, untuk menjayakan penyusuan susu bayi anda hendaklah bersedia secara mental dan fizikal dan mengumpul maklumat serta ilmu.

 

Bersedia Untuk Menyusui Bayi.

  • Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Cara-cara paling biasa dan efektif:
  • Berbincang dengan ibu menyusu yang lain
  • Baca buku untuk biasakan diri serta menambah pengetahuan
  • Hubungi organisasi sokongan penyusuan badan di tempat anda.
  • Cuba sertai kelas penyusuan atau sesi persediaan penyusuan badan (dianjurkan oleh banyak hospital sebagai sebahagian daripada kursus pranatal mereka) menjelang penghujung kehamilan anda.

Semakin banyak yang anda tahu tentang cara-cara dan faedah menyusu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya.

 

Konsep utama di dalam penyusuan susu ibu ialah

DEMAND vs SUPPLY

 

Jika anda tidak menyusu bayi dengan kerap, dan tidak mengosongkan breast dengan kerap (iaitu bila breast terasa penuh dan dibiar penuh sampai bengkak tanpa menyusu bayi atau perah), susu akan menjadi kurang.

 

Kerana konsep penyusuan tidak betul di situ. Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, mesti ingat konsep ini :

Empty Breast = More Milk Production

Full Breast = Less Milk Production

 

Jadi kenapa perlukan supplement bila konsep utama ialah supply vs demand?

 

Supplement set menyusu shaklee dalam konteks penyusuan susu ibu bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya,

 

tetapi ialah untuk meningkatkah tahap kesihatan ibu.

Sekiranya ibu seorang yang

1.       asyik penat keletihan,

2.       sering tertekan dan stress,

3.       sering naik angin,

4.       sering takde mood,

5.       nak masak pun tak larat,

6.       nak buat kerja rumah pun rasa letih

 

penat

Ibu-ibu akan kehilangan tenaga dan ‘lead to stress’ apabila penat dengan urusan anak-anak, rumanhtangga, kerja dan sebagainya.

Semasa kita melalui fasa kehamilan selama 9 bulan dan fasa berpantang selama 2-3 bulan juga tubuh kita memerlukan makanan berkhasiat dan supplement supaya kesihatan kita kekal di tahap optimum.

Apatah lagi fasa penyusuan bayi selama 2 tahun?

Penyusuan susu ibu adalah berkait dengan faktor hormon.

Hormon-hormon yang terlibat dalam proses penyusuan iaitu hormon prolactine dan hormon oxytocin sangat berkait rapat dengan keadaan ibu, terutamanya oxytocin yang dikenali sebagai hormon gembira.

Jadi sekiranya ibu sering bermasalah seperti masalah-masalah di atas, tentu sekali akan mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya mengganggu juga proses penyusuan.

Disebabkan itulah ada ibu-ibu yang memerlukan bantuan supplement vitamin ibu menyusu untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Kerana manfaat vitamin ibu menyusu amat banyak membantu dalam memberi tenaga, kesihatan dan ketenangan pada ibu menyusu.

 

Atas factor-faktor inilah ibu-ibu yang menyusukan amat memerlukan supplement di dalam fasa penyusuan mereka. Malah pakar sakit puan turut mencadangkan supplement ini di ambil daripada peringkat kehamilan, kelahiran dan seterusnya untuk sepannjang hayat wanita.

Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang penyusuan susu ibu.

Kami sedia membantu dengan penerangan dan konsultation khas untuk anda.

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • NetworkedBlogs
  • Twitter
  • Flickr
  • Pinterest
UA-44037597-1